Monday, February 2, 2009

DaMiA...MaRiSSa




Salam
Khas untukmu..sayangku..
Apabila aku mendengar tentang kelahiranmu...tidak dapat ku bayangkan perasaan ini selain daripada perasaan gembira...Kelahiranmu membuatkan diri ini merasa cukup matang untuk menjadi seorang ibu....
Terpancar cahaya kesyukuran dan kegembiraan pada wajah kedua-dua ibubapamu kerana dianugerahkan seorang cahaya mata .......
Perjalananmu untuk memulakan kehidupan didunia sentiasa diiringi dengan doa dan kasih sayang semoga engkau menjadi insan yang berjaya di bumi ini......
Kehadiranmu dirumah ,membuatkan keadaan menjadi sangat bahagia......mendengar tangisan manjamu membuatkan semua orang tersenyum kerana telah lama tangisan sekecil ini tidak kedengaran tatkala usia sudah menjamah mereka yang lain.
Setelah setahun berlalu....engkau semakin membesar.....kiraan umur semakin bertambah dalam kehidupanmu
Keadaan menjadi semakin riuh,apabila kakimu dapat melangkah dan berdiri dibumi yang indah ini.Tanganmu yang sentiasa mahu mencapai objek yang berada di sinaran mata...membuatkan engkau semakin ingin mengetahui..apa yang ada di dunia ini...
Semoga engkau menjadi insan yang mulia didunia ini........


Cik Nina.......

iena..........
8 pm
2/2/2009(selasa)


No comments: