Thursday, April 23, 2009

KeHiDuPaN BaRu....GooDBye CG....

Salam..............
Hari ini merupakan khabar gembira bagi diri kuh.....aku telah berjaya mendapat desa setelah membuat rayuan..Aku bersyukur sangat-sangat pada Allah S.W.T.....Tapi..dalam kegembiraan pasti ada mengundang kesedihan selepasnya..Aku tidak mendapat desa ditempat aku sebelum ini tetapi desa diluar kampus.Aku agak sedih la coz sume kawan-kawan ada kat sini.Yang pasti aku mesti keseorangan di sana.pasti kenangan selama 2 tahun di desa Cahaya Gemilang hanya sebagai pengubat di kala duka....Aku tak biasa dengan keadaan disana..Kenangan di sini memang banyak aku telah palitkan selama diriku 2 tahun menumpang disini.

Yang pasti kenangan bersama rakan-rakan yang sentiasa dirindui......
Kalau balik je dari kuliah,pasti bilikkuh menjadi sasaran untuk makan...sambil bercakap dan ketawa...Pergh,,,,Indahnya kenangan tu....
Kalau nak keluar mesti sama-sama...sebab ikatan persahabatan tulah yang akan meneruskan lagi perkenalan ini sampai bila-bila.
Sikap tunggu menunggu memang menjadi tugas seharian sebelum ke kuliah...bukannya apa seronok jalan satu group ni......
aku harap walaupun lepas ni kita berjuahan,hubungan persahabatan tu akan kekal sampai bila-bila...yang pastinya aku akan selalu merindui kamu semua...
ni la desa/hostel baru kuh.....
Pemandangan Cg dari tingkap bilik kuh...

ni kawan-kawan aku yang selalu kunjung ke bilik kuh....

nukilan

iena23/4/09

11 pm (khamis)

Monday, April 20, 2009

CiTeR LaWaK....PaSTi SeNYuM...

Salam.....

Dh lama rasanya tak update blog ni...Maklumlah sibuk ngan exam..huhuhu..Dalam kita tengah sibuk ngan exam ni,hah mesti ramai yang agak stress kan..maklumlah banyak benda yang nak kena study...hari ni tak nak cite pasal exam-exam ni...Nak cite benda yang cool jeeeeee
hahahah....Ni hah ada aku curi lawak-lawak basi dari mana ntah.......x ingat laa...Klau nak tersenyum dan hilangkan stress,silala baca...Silalah m.long,m.ngah,m.cik............haha.tambah2 lagi lauk 2.....Amboi merahnya M.Ngah...bla.bla...........bla...............Upss.:
LEMBU PUNYA TALI
Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat . Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh .Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....

ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)
Tiba-tiba bangku bergerak lagi.
Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ... si Abu ....
ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik !
Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!----

Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.
Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.----

Penjual Daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang.
"Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya.
Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.
Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"
Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."-
Cucur Udang
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....Mamat :
Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...Mamat

Pukul Berapa Buka?!!
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"----

Kolam Masjid
Ini kisah zaman aku masih anak-anak sekitar umur 11-12 tahun. Pada hari Jumaat ... macam biasa semua murid diwajibkan menunaikan solat fardhu jumaat. Maka bergeraklah kami beramai-ramai dalam satu kumpulan menuju ke Masjid yang terletak 1/2km dari sekolah. Ada pun masjid tersebut sebenarnya terletak berhampiran rumah aku jadi selalunya dipertengahan jalan aku akan keluar dari kumpulan dan secara senyap balik kerumah.
Tujuan aku balik kerumah adalah kerana hendak 'dressing' yakni berbaju melayu bersampin persis cam orang solat sunat aidilfitri !!!Kengkawan mesti cemburu punyerr lerr !!! Heheheheheh ... !Dorang pun kekadang cuba nak menandingi aku NAMUN ... bila masuk tengahari jerr ... pakaian dorang habis kotor dan berbau TETAPI pakaian aku .... hemmmm .... BERSIH , KEMAS dan BERGAYA ... yeahhhhhhhhhhhhhhh....'maintain' gitu..!Selesai bersiap dan ambil wudhu , aku pun melangkah keluar dari rumah menuju ke Masjid.
Sampai di Masjid ... seperti biasa ... kengkawan jeling semacam jerrr . Cikgu tersenyum bangga . Aku berjalan selamba . Tetiba teringin lak nak makan pisang free . Hemmmmm ... ustaz kata ... kalau dah berwudhu ... kalau makan ... cuma kumur ajerr .. wudhu tak batal ! Teringat kata-kata ustaz .. aku pun mentedarah aneka jenis pisang tu .. sambil mata memerhatikan ruang kosong didalam masjid . Makan punya makan ... azan pun hampir berbunyi ... jemaah mula berpusu-pusu nak masuk .Aku pun jadi kelamkabut pergi ke kolam nak berkumur. Kelam kabut punya pasal .... aku tersandung tembok kolam ... dan .... GEDEBUM !!!!! (aku masuk kolam da !!) Habis aku punya 'dressing' hari jumaat tu.
Bunyi orang ketawa kedengaran disana sini. Kengkawan yang tahu terkekeh-kekeh gelakkan aku yang dah basah lencun tu ! Aku menonong keluar masjid tak tengok kiri-kanan .... malu weiii ... malu nyerrrrr akuuuu .... !!! ** Udah..udah...korang jangan lak nak kutuk aku lebih2 ha'

Cara-cara nak cover malooooo...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....----


TAKUT BINI


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.


MORAL OF THE STORY:KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.

nukilan:
iena
20/4/09
Isnin -5pm

Monday, April 13, 2009

HaRi PeRTaMa MeNeMPuH ExaM...

salam.....
Hari ni adalah hari pertama exam tuk school paper aku...iaitu YKT213...Memang semangat la nak jawab paper tu.bukannya apa..coz lecturer aku dah bagi siap-siap soalan die...Perghhhhh..walaupun bagi soalan...punyalah susah.Berhari-hari jugala aku discuss ngan member-member coz nak cari jawapan tu...Bila tanya sume orang mesti jawapan lain-lain...tak tahu la nape ek...Tu la kata orang lain orang lain fikiran..ermmm..betul!betul!..Aku rasa sebab tajuk paper pun komunikasi,kuasa dan konflik...so memang konflikla nak jawab soalan ni..
Pagi ni dengan gayanya aku menuju ke dewan peperiksaan dengan hanya memakai seluar jeans dan baju t-shirt dan juga aku sediakan baju sejuk coz..memang conformla dalam dewan indah tu sejuk..Dengan bangga aku melangkah masuk ke dalam dewan dan rasa kedinginan air-corn menusuk ke tulang...Pas duduk je kat tempat aku..cepat-cepat pakai baju sejuk...maklumlah sejuk..suke!suke!
Mak oii......tengah selesa menjawap soalan tiba-tiba pop!!!..Argh........black-out plak...Perghh...panas gler masa tu...memang masa tu sume student sibuk berkipas menggunakan kertas coz tak tahan dengan kepanasan yang melanda...aku sedikitpun tidak menghiraukan apa yang berlaku dan teruskan menjawab solan.Aku tahu memang x sempatla nak jawab soalan klau asyik berkipas....Lebih kurang setengah jam...arghh..aku memang panas gler la.rasa cam buat exam dibawah cahaya matahari kat tengah padang.Dengan keadaan yang berpeluh.aku terpaksa akur dengan membuka baju sejuk..tapi buka sebelah tangan je tau....huhuhuhuYang sonoknye kitaorang dapat air kotak milo...Maybe tak nak kitaorang tension kot dan kurangkan kepanasan kitorang..Yeyeye..janji dapat minuman free.Thanx ya......
Lebih kurang 1 jam barulah letrik ada balik...uhmmpp alhamdullilah laaaaaaaa...Aku macam biasalah meneruskan tulis jawapan sampai titik terakhir....dan.."Anda dikehendaki meletakkan pen dan kertas akan dikutip sekarang"....nasib baik sempat siap....
Perasaan ni legalah sikit coz satu paper dah lepas..sok paper LSP 403..paper b.Inggeris..harap-harap boleh jawap dengan tenang...
"Ya Allah berikanlah ketenangan pada hambamu ni....dalam menjawab peperiksaan"..
-AMIN-
Nukilan
iena
13/04/09 (isnin)
9pm

Saturday, April 11, 2009

HaRi KeLaHiRaNKuH.....

11/4/1987
salam.........
Pada hari khamis bertarikhkan 11 april 1987,iaitu jam 8 malam lahirlah Aku di muka bumi ini..Terima kasih mak kerana melahirkan anakmu ini..Kelahiranku bukannya disambut oleh seseorang yang bergelar doktor mahupun jururawat,dan bukannya tempat kelahiranku di hospital malah juga bukannya jasadku ini di alas dengan tilam yang rasanya terlalu empuk dan lembut untuk di perkatakan...Cukuplah sekadar aku menyatakan..kelahiranku disambut oleh seorang wanita tua yang digelar bidan kampung dan tempat lahirku juga adalah dalam sebuah rumah kampung yang pastinya dikelilingi oleh abang dan kakakku..Kegembiraan terpancar di setiap wajah mereka kerana suasana gembira yang menyelubungi mereka dengan kehadiran orang baru seperti aku....

Setelah selamat dilahirkan cukuplah sekadar badanku diselimuti dengan sehelai kain batik dan bukannya kain lampin.Badanku diletakkan dengan tertib diatas tikar mengkuang yang ku anggap seperti katilku sendiri.....Ermm....keadaan itu cukup membuat aku tidur dengan lena..Aku tidak mengerti dan me
mahami keadaan yang berlaku ketika itu....

Ketika umurku 3-4 tahun..aku tidak tahu apa itu kolam renang..Ermm aku sekadar membasahkan diri di sebuah perigi yang pastinya amat berjasa kepada kami sekeluarga.Airnya yang kedinginan membuatkan aku menggigil apabila setiap kali mandi..Dengan adanya perigi itulah,ibuku dapat melakukan tugas sehariannya seperti membasuh pakaian,memasak dan membasuh pinggan magkuk..Aku juga sering membantu ibu di perigi kerana pada usia kanak-kanak semuanya nampak indah dan pengalaman ini dapat mengimbau kembali fikiran aku apabila usiaku semakin matang kini...

Sewaktu usiaku menjangkau 7 tahun...aku baru mengenali apa itu sekolah..Aku tidak dihantar ke tabika seperti kawan-kawanku yang lain...Aku tahu keadaan keluargaku yang tidak mampu pada masa itu dan hasrat untuk menghantarku ke tabika memang tidak langsung tersirat pada fikiran kedua-dua orang tuaku...Aku tidak kisah dengan apa yang berlaku kerana ibu,abang dan kakak sering mengajar aku tentang apa yang mereka belajar di sekolah...dari mereka semua aku mula mengenali A,B,C dan 1,2,3....Itu pun amat membanggakan aku kerana aku mula mengenali erti pembelajaran dalam hidupku...Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan adikmu ini...
Lorong-lorong di dalam ladang getah merupakan jalan ilmu aku,kakak dan abang...melaluinya untuk menuju ke tempat mencari ilmu dipanggil sekolah.Aku gembira kerana..pasti saja ada agenda yang dibincangkan sewaktu perjalanan untuk menuju ke tempat menunggu bas sekolah....sehinggkan ibu juga turut membuat agendanya sekali..Dengan hanya berbekalkan lampu picit,ibulah yang akan menemani kami sehingga sampai ke tempat menunggu bas..Ayahku seawal subuh sudah keluar mencari rezeki.....Ibulah sebagai pengganti ayah..Renungan matanya sentiasa memerhati kami sehinggalah kelibat kami tidak lagi kelihatan kerana berlalu dibawa bas ke sekolah.....Sesudah itu..barulah ibu membuka langkahnya pulang ke rumah....Terima kasih sangat-sangat pada ibuku..

Keadaan semakin berubah dan kisah yang lalu pastinya menjadi kenangan kepada diriku...Sekarang ibu tak perlu lagi bersusah payah untuk aku lagi...Ayah telah kembali ke rahmatullah sejak 8 tahun yang lalu-Al-fatihah-.....Ibulah yang menggantikan tempatnya.........Sekarang aku telah menjejak kaki di ipta...Berkat doa dari keluargaku...Yang pastinya aku mahu kejayaan bermula disini...Bila aku mula diselubungi dengan kemodenan yang berlaku..terdetik di hati aku untuk kembali di zaman silamku....kerana aku sangat merindui zaman itu.........


nukilan:

iena

11/4/09(sabtu)

9 pm

Friday, April 10, 2009

BuAtMu IbU......


Ibu bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu

Kudusnya kasih yang engkau hamparkan

Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan

Tak pula kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu

Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu yang telah terkorban

Tak dapat kubalasi akan semua ini

Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amatlah aku harapkan

Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan

Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan

diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan

Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

iena...10/4/09

Wednesday, April 8, 2009

ExAm....BeRSeDiAkaH AkU.?.......


Salam untuk sume......


Hari peperiksaan akan menjelang tak lama lagi...kalau tak silap aku dalam 4 hari je lagi..tapi aku masih dibelenggu dengan kemalasan yang amat sangat..tak tahu la kenapa..Aku sering bertanya pada diri sendiri bersediakah aku dengan exam yang bakal tiba ini?.....tetapi aku sering mengakui bahawa aku selalu bersedia...walaupun tanganku masih belum memegang sebuah buku untuk ditelaah.....Bukan bermaksud aku tidak mahu membaca nota tapi perasaan aku dan cinta aku masih belum lagi jatuh pada tulisan yang melekat di nota itu lagi.....kesian aku melihat nota yang yang tersimpan itu tanpa disentuh oleh tuannya..Maafkan aku...tapi yang pastinya mulai hari ini badan kamu akan sentiasa di dalam dakapanku.....


Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini supaya tidak terus diselubungi dengan sifat kemalasan..sesungguhnya sifat itu amat merugikan..

-AmIn-


Persediaan Peperiksaan


"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.


1. PERSEDIAAN FIZIKAL


a) KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:


-Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan.Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkansebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.


-Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


b) KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.


2.PERSEDIAAN MENTAL


Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:


a) Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.


b) Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.


c) Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


d) Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.


Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:


"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".


Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat pointer 4 dalam peperiksaan, maka pointer 4 itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.


Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.


1.Duduk dikerusi anda dengan selesa.Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.


2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.


3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.


4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.


5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.


6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.


7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


3) PERSEDIAAN EMOSI


Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:


Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
Berprasangka buruk terhadap orang lain;


Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.


4) PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:


1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.


2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.


3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yangmafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".


4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.


5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.



nukilan:

iena

9/4/09 (khamis)

1 pm

Monday, April 6, 2009

SeLaMaT PeNgaNTiN BaRu..Umi..

Salam........

Dalam tak sedar,sahabat baik aku sendiri sudah pun mendirikan rumah tangga.Diijabkabul pada 8/2/09..pasangan ini nampak secocok apabila mengenakan busana pengantin berwarna putih...Masjid Serdang(x ingat nama pa)..menjadi saksi kedua-dua pasangan ini telah bergelar suami isteri....Pertemuan yang tak disangka telah memupuk perasaan cinta antara mereka berdua.Seorang dari Utara dan seorang dari Barat(Selangor baratkan?..x tau lee) akhirnya dipertemukan di HUKM....Erm..tahniah!!! cinta pandang pertama untuk sahabatku....

Tanggal 4/4/09...telah berlangsungnya walimatul urus yang bertempat di Kampung Leret,Serdang Kedah..Umi aku minta maaf coz tak dapat p kenduri ang...Masa tu aku ada Seminar Bina Negara...Apa-apapun semoga kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat..Umi jadilah isteri yang solehah dan yang pastinya surga isteri terletak dibawah kaki suami...Semoga dikurniakan anak yang comel-comel bangat..hehehe.......

Nukilan:

iena

7/4/09(Selasa)

2 p.m

KeNaNGaN BeRSaMa...aYaH


TAHUN 1994
...Ayah terima kasih kerana membawaku ke sekolah..disaat pertama kali aku menjejak kaki ke sekolah....
..Ayah terima kasih kerana kau sudi menemaniku sehingga selesai sesi persekolahanku...
..Ayah terima kasih kerana kau sudi menjemputku dengan menaiki basikal tuamu....aku sedikitpun tidak menginginkan ayahku menjemputku menaiki motosikal ataupun kereta seperti kawan-kawanku yang lain....cukuplah sekadar basikalnya yang dapat bergerak dengan baik...
..Ayah terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menghirup udara pagi yang nyaman ketika menghantarku ke sekolah..Aku suka saat ini..rasa seperti di manjai....
..Ayah kamu tahu,betapa gembiranya aku menjejak kaki ke sekolah kerana punya teman dan guru yang baik
....Aku dan teman selalu berrkongsi bekal yang pastinya bekalku disediakan oleh ibu..
Aku masih ingat ketika aku berada pada tahun 6
Aku merengek pada ibu kerana letih menaiki bas dan perlu berjalan untuk sampai ke rumah..
Rupa-rupanya rengetan aku itu di dengari oleh ayah...
Tidak ku duga dia membelikan aku basikal..
...Ayah terima kasih kerana kau sudi membelikan ku basikal...aku amat menghargainya...
..aku sangat bangga menaiki basikal kesekolah bersama teman...
Bukannya bangga dengan basikal tersebut tetapi bangga kerana Ayah membelikannya untuk aku....
Ayah terima kasih sangat-sangat.....
..Ayah terima kasih kerana mengahwini ibuku yang sangat baik hati..sentiasa menyediakan bekal untukku ke sekolah..dan menyisir rambutku dengan sikat setiap pagi
aku tahu bukan senang untuk semua ini tapi dia gagahi juga untuk kita sekeluarga......
..Ayah setelah pemergianmu menghadap Illahi..8 tahun yang lalu..aku amat merinduimu walaupun hidup ini tidak sedikitpun merasakan kasih sayangmu tapi aku tahu kamu terlalu menyayangi kami sebagai anakmu...
..Ayah terima kasih kerana bertungkus lumus bekerja untuk menyara kami....
..Setelah aku dewasa baru aku mengerti akan pengorbananmu....
..Aku berjanji kelak untuk menjaga ibu sepertimana kau menjaganya.....
.....Bagi aku...kamu adalah ibu bapa yang terbaik di dunia...
Ayah aku meminta maaf kerana sudah lama tidak melawat pusaramu
namun yang pastinya hadiah Al-fatihah untukmu tidak pernah putus kukirimkan
semoga kau ditempatkan disisi orang yang beriman
......AMIN.....

nukilan:
anakmu..iena
7/4/09(selasa)
2 a.m

Ku BeRlaRi Di DaLaM HuJaN.....


Salam.....


Petang ni aku biarkan saja diriku diselimuti kemalasan dan kesejukan...Gerak nadiku yang tidak begitu kuat ditambahkan lagi terasa berat badanku untuk melangkah,aku biarkan saja diriku menghempap katil yang lembut dibelai...Argh.........malas sungguh untuk aku menelaah buku menjelang minggu mengulangkaji....Terasa diri ini diselubungi kesunyian...(mah..cepat balik..takda kawan nak ngusik..huuhuhu)..


Teman sebilikku yang telah lama meninggalkan jejaknya di kampus dan pulang ke kampung halaman sempena minggu ulangkaji...pergi meninggalkanku.........(rumah dekat je tapi malas nak balik...mak xda kat umah)..Ermmm...aku yakin keadaan langit yang mendung,pasti menjemput hujan selepasnya...Aku biarkan saja mata ini tertumpu pada awan yang sedang berarak laju ditiup angin........Titisan hujan semakin jatuh dengan lebatnya.....hai....hujan sudah menimpa bumi ini dan yang pastinya...badanku terasa lemah dan mahu saja badan ini melekat terus di katil yang empuk ini...huhuhuhu....Sambil melihat hujan yang turun aku teringat akan peristiwa semasa pulang dari majlis penyampaian hadiah waktu sekolah rendah
(tahun 1995)

"yeye..dapat hadiah..tengok ang dapat hadiah apa"?teriakku pada abang..sambil memegang hadiah yang aku dapat..
"Aku dapat sijil ngan buku tulis ja"..jawab abangku sambil tangannya mengoyakkan kertas pembalut hadiah.Ang plak dapat apa?
"sama juga....".jawabku
Eh..k.en(panggilan kepada abangku) nak hujan la.........nanti basah habis la hadiah..Cam na ni?
"Takpa..jom kas kita lari.........nanti sampai kedai Kek Leng soh dia antaq kita.(pemandu bas skolah yang kitaorang naik p skolah)..
OK..1,2,3..lari...................
Auk!Auk!Auk!..."K.en.........ada anjing ligan kita".Teriakku.
Cepat lari.....cepat.....
hergh!hergh!hergh...(kepenatan)...
Tiba-Tiba
Auk!Auk!Auk!..(yang ni lagi kuat)
Cepat........ada lagi sekoq..yang ni anjing jantan plak.....Kuat sikit lari.........
Arghhhhhhh........................
(nak pengsan aku dibuatnya dengan 2 ekor anjing ni...)
Ok-ok takpa..depa tak ligan dah....jangan dok ketaq..
hergh!hergh!hergh!...wei..tengok hadiah aku,nasib kena ayaq hujan sikit ja.........
"Aku pun.."..
yeye...dah sampai kedai Kek Leng!!!
"Kek Leng hantaq kami balik..letih tau kena ligan ngan anjing..."
Walaupun dah selamat,aku masih trauma dengan anjing selepas peristiwa 13 tahun itu.....
Ermmm ni adalah kenangan yang terindah bersama abangkuh....didalam hujan.....
.....Aku inginkan saat ini kembali......



nukilan:
iena
6/4/09(isnin)
8 p.m

Sunday, April 5, 2009

CInR sempoi-sempoi selalu........

HaLLooooooo......


Salam untuk sume dan yang penting anda masih ditemani oleh saya Ina Nurish semestinya di CInr sempoi-sempoi selalu.....Hahaha...itulah kata-kata yang akan terkeluar daripada mulut seorang juruhebah radio/DJ...hari ni dalam sejarah,aku nak cite pengalamankuh sebagai dj di campus...huhuhu...Sebenarnya memang dari kecil nak jadi dj ni.Memang minat gler..taktau la nape ek...Sampaikan mak aku kata "pas belajaq ni p la try jadi dj kedah fm".(loghat Kedah no).Perghhhhh........tau la die minat kedah fm...sampaikan anak die pun soh jadi dj kat situ.Xkisah la yang penting mak aku pun tau aku minat jadi dj.TQ mum...Ingat lagi masa form 6,penuh kat atas meja aku gambar dj era fm.....lupakan yang lalu dan pandang ke depan...hahahah

Camne' aku leh jadi dj kat campus ni ar?ok..cite die camni..hari tu ada interview sapa yang berminat jadi dj.....ni untuk budak masscomn je...Aku tau xpi malas nak p coz ada perasaan malu gak..aku wat xtau.Masa tu aku pun ada gak kat skol coz ada hal lain....Member aku ni pun cakap la.."ina ko tak g interview ker?ko kan minat jadi dj..p la.mana nak tau ada rezeki..."Waktu tu memang malas gler..Disaat-saat akhir aku p gak cuba ngan sorang member aku ni..Kak Bai (my sister in Campus)..Tgok-tgok dapat...YIhaaaaaaaa...sonok-sonok..

Setelah 2 bulan menjadi Dj aku dah tahu serba serbi camne'nak putarkan lagu dan sebagainya...(pasni ni leh jadi Dj kat Hot fm, Era fm n bla..bla..bla..)Pada 1/4/2005 akhirnya rasmilah sudah pertubuhan radio kami iaitu CInR dengan slogannya Sempoi-sempoi Selalu setelah 2 bulan bersiaran....Mesti sume tertanya apa itu CInR..hahahah.maksudnya Campus Internet Radio.Mula-mula siaran radio ni just dalam campus je....Skarang sume orang leh dengar..suke-suke!!!!!Nak tau camne' nak dengar...ok..masuk je ke laman web http://www.usm.my/comn dan klik je CInR dan klik listen now....Kami juga ada ym ...cinrusm@yahoo.com.Ym ni khas tuk peminat nak wat permintaan lagu atau pun ucapan kepada sesiapa sahaja.....




..Dj-Dj CInR yang sempoi..

Dapat gak temuramah Azmir.....suke-suke!!!

...... game puzzle......


.....Uncle Mamu menunjukkan kehebatan menjadi dj dalam dj wanabe game......



Ni la baju kitaorang...CInR sempoi-sempoi selalu...




Nukilan:
iena
5/4/09(ahad)
4 pm

JaTuH CiNTa JiKa ReNuNg 8.2 SaaT


Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior.
Nukilan:
iena
5/4/o9 -Ahad
10 a.m

DiNNeR CoMnIGhT

Salam.............
Sahabat yang ku sayang........

Hari ni dalam sejarah...blog ni akan ku coretkan mengenai dinner masscomn......Dinner ni wat kat Eastern & Oriental Hotel..Bapok cantiknya hotel dier..........tak sangka dapat masuk hotel bertaraf 5 bintang....suke-suke !!!!!Harga tiket RM70....rasanya ok coz bukan senang nak masuk hotel ni dengan harga sedemikian..ok la 2...Makanan die pun sodap-sodap belaka.........sotong goreng tepung....perghhhhh...memang sodap(goreng tepong pun sodap).Kalau nak cite bab makanan memang x habis.Ni aku nak cite xcident yang berlaku.....rasa marah ngan nak nangis pun da....ermmmm termasuk malu...uppsss!!!!

Kitaorang 4 orang sewa kereta dengan harga RM35....ok la half day..kul 3 kitaorang p hotel tu tuk nak selesaikan apa yang belum diselesaikan....yang mula citenya ,kawan kitaorang ni ada pinjam kereta coz ada masalah...kitaorang pun bagi laaaaaa...xkisah la..kawan2..Bila dah kul 5 cam 2,,tgok2 tak balik lagii....bapok bengangnnyer kitaorang,.....dahla kul 6 kena ada kat hotel semula.Telefon punya telefon rupa-rupanya ada kat hostel...mak oiiiiiiiii..jauh 2 hostel ngan hotel E & O.Kitaorang ambik keputusan balik naik teksi je laaa.Kalau nak tunggu die sampai, memang tak sempat.Dah la jalan jem gler.Kereta tu die hantar kat hostel kitaorang...Akhirnya kitaorang sampai hotel dah kul 7.30pm..terus g solat

Xcident kedua plak...masa dinner tu berlangsung....Aku ngan kawan-kawan uruskan bahagian protokol ngan bagi hadiah...malam tu pakai ala-ala perempuan melayu terakhirlaa.Kena naik stage beb...malu pun ada gak..bukannya biasa ngan sume ni...petang tu kitaorang susun hadiah cantik punya...Dinner ni tuk meraikan student final year ngan kejayaan final projek diorang.So hadiah ni kat diorang laaaa.Tak lupa juga kepada student yang dapat anugerah dekan..Masa nak bagi hadiah tu,berlaku kesilapan dimana MC tersilap baca skrip..hadiah orang lain bagila kat orang lain..masa tu memang kalut gler ngan malu pun ada gak...dah la ada VIP.Ermmm..harap=harap pas ni tak berlaku dah...Nasib la ada JES(my friend) rajin plak minah ni p tukar semula hadiah dan bagi hadiah yang betul kat diorang pas habis penyampaian hadiah tu...Kiranya leh tutup juga la kesilapan tu..Tapi aku rasa...mana-mana Event pun mesti ada kesilapan kan walaupun dari segi luaran nampak normal je........huhuhuhu.....
Ni aku ada gambar nak kongsi ngan korang masa dinner ....selamat melihat..





Nukilan:

iena

4/4/09(Jumaat)

8.40 a.m

Saturday, April 4, 2009

BuKiT BeNDeRa...AkU DiSiNI...!!!!!

Salam sayang untuk sume.....
Memang dh lama giler aku tak update blog ni..........sibuk sangat sampai x sempat...tambah2 lagi internet low gler..hai masalah-masalah...Kesian plak tengok blog ni yang dah lama dibiarkan sepi dengan cite yang nak basi ni...............hehehehehe

Ok....hari ni aku nak cite pasal BUKIT BENDERA (Penang Hill).....Setelah 2 tahun berpijak dan menuntut ilmu di Penang ni...baru aku berkesempatan ke Bukit Bendera.....Masyaallah....cantik sungguh ciptaan Yang Maha Esa.....aku memang terpegun melihat suasana tersebut.... tak sangka atas Bukit tu rupa-rupanya ada kawasan penempatan penduduk kat situ.....Kebanyakkan anak-anak penduduk kampung kat sini ke sekolah menaiki keretapi yang disediakan....wah canggih juga ek budak-budak kat cini......kat cini aku nak cite sikit serba serbi mengenai Bukit Bendera ni....
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri pulau pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Mempunyai ketinggian lapan ratus dan tiga puluh meter di atas
Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) menyumbangkan tempat nyaman yang membolehkan pelancong-pelancong mengasingkan diri daripada panas melekit di bawahnya.

Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada garisan laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

Ni.......aku nak kongsi gambar-gambarkuh di bukit bendera dengan korang sume........

ni kat pintu masuk bukit bendera
Wah nampak Happy je.....

ni la pemandangan dari atas bukit bendera...cantikkan!!!!!

iena..

30/3/2009(isnin)

12 a.m