Tuesday, September 29, 2009

SePuPu KuH BeRTuNaNg......

Salam.......

Sebelum aku meneruskan coretan di blog aku ni...nak ucapkan tahniah la kat sepupu aku yang chubby ni.....nampaknya dah bertunang pun dier...lepas ni melangkah ke gerbang perkahwinan la plak.......Dia memilih raya ke 3 bagi menandakan dirinya sudah dipunyai.....harap-harap pertunangan ini mebawa ke gerbang perkahwinan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat......apa-apa pun kita layan dlu gambar yang sempat diambil oleh ku......
tersenyum sipu tanda diri sudah dipunyai....

barangan hantaran sebelah perempuan

bersama famili ......




Nukilan:iena

Monday, September 28, 2009

MaLaM RaYa & HaRi RaYa......

Salam.........
Dalam suasana hari raya ni memang sibuk ibarat aku ni dah jadi seperti suri rumah sepenuh masa.......klau nak cari aku time raya ni memang kat dapur.....klau letih tu jangan cakap la.....memang letih.....hari raya ke 2 jerk aku ambil peluang raya ngan kawan-kawan sampai la malam....memang puas beraya gler hari tu......aku nak kongsi dengan korang antara koleksi gambar yang sempat aku ambil........sempena menjelmanya bulan syawal ni.....
ruang untuk tetamu menjamu selera...
..
kuih dan muih.....hidangan wajib


suasana di halaman rumah.....
pelita jadi peneman malam raya

kanak-kanak dan bunga api tidak boleh dipisahkan.....

Nukilan:iena

PeRSiaPaN SeBeLuM RaYa MeNJeLMa

salam.....
Sampai jerk kampung...tiba-tiba nampak asap berkepul-kepul...makin dekat,makin perhati...erm...rupa-rupanya...tengah sibuk mengacau dodol yer.....aduh....dah tau..mesti ada turn aku.....memang best kacau dodol ramai-ramai ni...tapi bila dah nak masak tu yang malas ckit...letih gler....ditambah pula dengan pose dibulan yang mulia ini......tak kisah la..janji dodol ada waktu raya dah cukup...

walaupun tampak hitam tapi sedap dimakan...


suasana di kampung..sambil mengacau dodolBudak-budak ni sibuk nak kacau dodol gak

esok malam plak...buat ketupat..huhuhuhu

Nukilan:iena

Sunday, September 27, 2009

BaLiK KaMPuNg..ooooooo..BaLiK KaMPuNg

Salam....
Suasana manyambut kedatangan syawal di kampung memang sangat seronok ditambah pula berkumpul ramai-ramai...Pagi 18/9....aku ngan k.bai memang semangat nak balik kampung...Lepas sembahyang subuh..masing-masing membasahkan diri walaupun dalam kesejukan..maklumlah semangat nak balik kampung....
Sampai jerk jeti..tunggu pulak si Marhamah.....lambat betul minah ni...sampai 3 buah feri kitaorang terlepas.....sabaq jerk la.....sampai jerk kat Butterword...masing-masing berpisah ikut haluan masing-masing....(dh kampung pun asing-asing)...tapi sempat lagi bergambar.

salam perantauan

dari kiri:Marhamah,Marina dan Baizila ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga yang berada di Pendang,Serdang dan Yan juga kepada sahabat-sahabat serta mereka yang mengenali diri ini....oversea (Penang)...(hahhahahha..saja suke-suke!!!!!)

Nukilan:iena

Thursday, September 17, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa....

Salam...............
Lebih kurang lagi 2 hari je lagi kita nak menyambut kedatangan bulan syawal...yang bermakna kita seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa....Jadi dikesempatan ini...dibulan yang mulia ini..tuan empunya diri nak minta ampun maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali dirikuh.....dengan ucapan..

Selamat hari raya adilfitri

maaf zahir & batin......

MyEm0.Com


Nukilan:iena MyEm0.Com

PaNTuN RaYa DaRi SuMe NeGeRi...

Kelantan...

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita,

Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile,

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin,

Johor...

Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,

Melaka...

Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok,

N. Sembilan...

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu,

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai,

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau,

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq,
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq,

Perlis...

Padang besaq kecik aja,
Tempat siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang,


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Monday, September 14, 2009

Di SeBaLiK UnGKaPAN.."tak de apa-apa"

Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing.. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian.
Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.
"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.
Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya masih tak puas hati.
Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.
" Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis.
Saya tunduk. "Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, " Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.
Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.
Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.
" Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.
"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak.
" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul. Dosa pada ALLAH senang untuk kita mohon maaf kerana DIA sedia untuk memaafkan, Dosa sesama manusia pula, kita kena menghadapi manusia tersebut untuk mohon kemaafan darinya..
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

CaHaYa RaMaDHaN 09'

Salam.....
Semalam...13/9/09...anjuran persatuan komunikasi mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak yatim.....ni dh kali ke-3 program ni diadakan...kita layan dulu..gambo-gambo kat bawah ni.....


Seronok budak-budak ni dapat gift


Hai..Dr.Rohani pun join nyanyi ngan kitaorang...RocK!!! DR....


Muka yang sentiasa ceria......



Ina ngan Wiyah pun join gak....Tq my Frenzz

Suke tengok budak-budak ni.....



Ibu yang penyayang....love u...


warna-warni di aidilfitri....


Gadis-gadis Desa..yang pulang beraya....

Final year Student.....Chaiyuk2....

Pelita dan asap x dapat dipisahkan...


Ayu,ina.aishah girl,me n aishah.....

Nukilan:iena

Thursday, September 10, 2009

KiSaH CiKGu DaN AnAk MuRiD....


Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain.

Dia terdengar lelaki tu menyergah “Shut up you !!”.

Sampai rumah dia tanya bapa dia, “’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?” Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, “’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke” dan bapa dia kata “yes”. Dua perkataan dah, kata budak tu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata “Ladies first”. Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. “aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: “OK boy, did you get the words?”
Budak: “Yes, teacher”.
Cikgu: “Good, what is your first word?”
Budak:”Shut up you!!”
Cikgu: “What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: “Superman !!!”
Cikgu: “Bloody fool! Get out from this class!”
Budak: “Ladies First!!”

hahhaaaahah....lawak juga ar...kesalahfahaman...

Mencari Malam Lailatul Qadar


Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.
1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,

[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]
2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).
Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”
3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).
Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).

Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).
4. Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

Dikutip dari Sifat Puasa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Monday, September 7, 2009

CuCi MaTa Di PeNaNg RoaD...

Salam....
Semalam/Kelmarin jalan-jalan kat Penang Road....Sambil jalan-jalan jamulah mata dengan tengok barang-barang jualan yang ada kat sekeliling.....(nak jamu perut...opsss puasa la)....Niat yang sebenarnya nak beli kain jer untuk nak pakai raya nanti....tiba-tiba bila dah lalu kat depan kedai beg...kaki ni rasa dah tak nak bergerak kat kawasan lain jerk.....keputusan???..melangkah masuk jerk ke kedai tu.....Mak oiiiiii....banyak nyer beg yang cantik-cantik....Disebabkan masih bergelar student ...aku pun berkenan gler kat beg bawah ni.....Beg ala-ala indon la katakan....skarang ni trend corak petak-petak (ala-ala kain pelikat) memang popular.....
So..dengan harga RM....... aku pun beli la beg tu....Kalau diperhatikan betul-betul cam beg tukang rumah pakai jerk tuk boh paku and hammer...hhahahhaha...Tapi aku memang confirm gler klau wak balik beg ni kat kampung mesti kena kutuk gler ngan abang-abang aku.....mesti ada yang perli-perli nak pinjam p keje n mancing.....(x sabar nak tengok reaksi orang kampung...huh!!!) xpala..janji aku suker....Member-member yang lain...Ayu ngan Amie....sibuk membeli beg (nak balik kg),jeruk ngan baju melayu.......apa-apa pun enjoy ......huhuhuhu


beg yang ala-ala tukang buat rumah guna ......
kain pasang yang berwarna kuning air.....


Nukilan:iena

0RaNg AsLi VS ORaNg BaNDaR


Dua orang pemuda sedang menikmati makanan disebuah Restoran, kerana menghadiri seminarKebudayaan. Seorang Pemuda Bandar danseorang wakil dari Pemuda orang Asli. Mari kitaikuti perbualan antara Pemuda Bandar danPemuda Orang Asli ini.

P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanyapengotor!

P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?

P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayamkg, ayam kg suka makan sepatu manusia, 2. orangbandar suka makan lembu, lembu suka makanrumput yang tumbuh merata-rata bercampur dgnsegala macam najis dan dipijak-pijak manusia.tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang‘terbang’ sahaja. jadi, kebersihannya terjamin.Contohnya; Orang Asli suka makan monyet,monyet makan buah-buahan,Orang Asli sukamakan Tupai, Tupai makan buah-buahan, OrangAsli suka makan burung, Burung pun suka makanbuah-buahan.

P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan Pemuda Asli yg angkuh itu.

Lalu Pemuda Bandar punbertanya,”Oh!orang-orang awak suka makan jenis yg ‘terbang’ajelah ye..? Kalau macam tu ‘HELIKOPTER’makan tak?”.

P.Asli : Terbang tak?

P.Bandar : Oh terbang….

P.Asli : Makan sikit-sikit!

Sunday, September 6, 2009

EmILy ZaRa RaIHaNa.....

Salam.....
Kali ni dalam post aku tentang seorang kanak perempuan yang diberi nama EmILy ZaRa RaIHaNa.....nama yang seindah rupa pemiliknya.....ermmmm.....
Lily ni anak kakak yang bekerja kat tempat raktikal aku baru-baru ni...Kak Niza...Comelkan budaknya....Muka dier cam anak orang Jepun....(dah nak dekat 10x aku cakap)......Kalau pegang dier ,Ya ampun..cam nak patah tangan ni....memang berkilo-kilo berat dier..apala yang mak dier bagi makan kan.....Paling geram tengok pipi dier....ermm comel bangat...ahhahahaha...apa2 pun layan dulu gambar dier...


rasa cam nak terbang jer kat awan...


Disebalik tirai...malu laaa



Ni gambar lily and her mother


Muka masam.....

me and Kak Niza

nukilan:iena