Sunday, August 30, 2009

CERPEN: MERDEKA CINTA KITA

* Ini cerpen lama. Tersiar dalam majalah NUR, terbitan Karangkraf, bulan merdeka 2008.
Pemberianku
1956
“Ini cincin bertunang kita,”
Aku lihat wajah Emran tertanya-tanya saat aku menghulurkan cincin itu kepadanya. Emran memandangku penuh persoalan. Aku membisu, membiarkan Emran mengagak.
“Cincin ini hak siapa?” tanyaku setelah tutur kata yang aku tunggu daripada mulut Emran tidak kunjung tiba.
“Hak kau Musalmah. Tanda cinta kita berdua,” jawab Emran.
“Aku juga sayangkan kau. Tapi aku lebih sayangkan tanah air ini,” balasku.Emran tunduk.
“Ambillah Emran. Ini sahaja harta yang aku ada. Aku tak punyai apa-apa, selain cincin pemberianmu ini. Berikan ini pada Tunku supaya ia menjadi biaya ke London nanti,”Emran memandangku sayu. Matanya redup. Aku sendiri tidak tahu apa makna yang cuba disampaikannya.
“Maafkan aku, wahai buah hatiku. Cinta kita bukan terletak pada cincin ini. Juga bukan terletak pada kata-kata tapi pada hati yang bercinta,” ujarku.
Harap-harapnya penjelasanku ini membuatkan Emran menerima cincin yang mahu kuberikan.
“Aku sebenarnya serba salah. Dipegang takut mati, dilepas takut terbang. Cincin ini hak engkau,” balas Emran.
“Tidak perlu serba salah Emran. Jika kau tidak mengambilnya, seharusnya itu yang akan membuatku serba salah. Aku juga mahu berjasa pada tanah air ini,”Aku hulur lagi cincin pertunangan kami. Kali ini semakin mendekat kepada batang tubuh Emran.“Kelak bila aku peroleh wang lebih aku akan ganti,”
“Tak perlulah fikirkan soal itu. Fikirkan perjuanganmu. Teruskan usahamu. Aku teramat bangga mempunyai tunangan sepertimu,”Emran merenungku. Tiba-tiba dia terbatuk. Emran memegang dadanya.“Kenapa kau. Sakitkah engkau?”
Aku jadi rungsing apabila melihatnya tertunduk.“Cuma sakit dada. Dan sedikit batuk,” ucap Emran. Raut wajahnya menahan kesakitan.“Marilah kita masuk ke dalam rumah,” pintaku gelisah. Aku lihat kiri kanan. Mencari kelibat ibu yang mungkin bisa menolong.“Tak perlulah. Berikan aku segelas air,” pinta Emran dalam keadaan terbatuk.Tangga rumah lantas ku panjat. Aku berlari deras ke dapur mengambil air dan juga memanggil ibuku.
Sajak
Malayan Union sudah 11 tahun berlalu. Mungkin tika itu aku masih lagi kanak-kanak . Emran juga begitu, masih kanak-kanak. Dahulu aku tidak ambil peduli ketika ramai orang memperkatakan tentang Malayan Union. Aku tidak faham kenapa mereka membantah hajat British itu. Aku jadi gelihati apabila melihat Pak Usu, Abang Kamal dan Tok Piah membelit songkok masing-masing dengan kain putih. Aku ikut berseronok berkumpul beramai-ramai dengan membawa kain rentang sambil menyebut-nyebut ‘Hidup Melayu’. Aku sangkakan itu hanyalah satu pesta.Aku masih lagi ingat apabila ibu dan arwah pak membawa aku menonton orang berucap. Berapi-api ucapannya. Ibu dan arwah pak jadi bersemangat. Aku yang seronok ikut menjerit kuat.
“Aku mahu Tanah Melayu merdeka,” Itu yang diberitahu Emran kepadaku. Emran nampak bersemangat.“Merdeka daripada British. Bolehkah?” tanyaku dengan nada curiga.Emran tersenyum memandangku.“Kenapa pula tak boleh. Kita sudah mampu memerintah sendiri. Kita punya pemimpin yang berkebolehan,”Aku tahu kata-kata itu ditujukan buatku yang masih lagi mentah tentang erti perjuangan.“Sejak kau sertai politik aku lihat kau banyak berubah. Tuturmu, kelakuanmu,” Aku meluahkan apa yang terpendam di hati.
Emran sekarang bukan Emran dahulu. Emran sekarang sibuk sentiasa. Sekejap bermesyuarat di sana, kemudian berpersatuan di sini.“Aku tak berubah. Aku masih seperti dahulu. Cintaku dan sayangku masih lagi kukuh terpahat,”Aku tersenyum. Entah kenapa apabila Emran berbicara soal cinta aku jadi terlalu sayang kepadanya.“Seperti yang kau tahu, pilihan raya baru sahaja selesai. Janji-janji yang ditabur perlu ditunaikan,”“Kita mengharapkan...“Kau lelaki bebas berjuang untuk negara. Aku perempuan, aku tidak tahu apa tugasku,”“Kau juga berjuang,”“Aku berjuang?” tanyaku kembali kehairanan.“Ya. Kau semangatku. Tiap kali aku luntur semangat, senyuman dan sajak-sajakmu menjadi penguat,”Aku terkejut apabila Emran berbicara soal sajak. “Jadi kau sudah tahu tentang Anggerik Desa itu?”Emran mengangguk-angguk.“Kau terus berahsia kepadaku,”“Sudah lama aku tahu.
Bukankah Jelutung Press itu kepunyaan kawanku. Sudah tentu aku tahu siapa Anggerik Desa yang mengirimkan sajak-sajak semangatnya kepada majalah SEDAR,”“Aduh! Malunya,” aku menutup muka.“Kenapa pula malu?”tanya Emran.“Aku tidak sepetah kau berbicara. Aku tidak setajam kau menulis. Bahasa aku juga tidak sesantun bahasamu,” aku merendah diri. Aku tahu siapakan aku jika dibandingkan dengan tunanganku, Emran al-Kadir penulis tetap sajak-sajak membara majalah SEDAR.“Tapi aku begitu marah kepadamu,” percakapan Emran itu membuatkan aku memandangnya. Marahkan Emran kerana aku merahsiakan kiriman sajak-sajakku ke majalah SEDAR.“Aku marahkan kau kerana sudah mula mencuri posisiku sebagai penulis sajak tetap. Ruanganku disedikitkan. Kata pengarangnya, mahu memberi tempat kepada sajak-sajak Anggerik Desa,”Emran ketawa selepas itu.Ah! Kau memang selalu suka mengusikku.
Mahar
CintaCincin tunangan hamba,
Jadi gadaian cinta,
Balaslah maharnya,
Merdeka sebuah bangsa.....
Emran al-KadirBait-bait awal sajak itu membuatkan hatiku sayu dan membara. Dua perasaan berlainan bersatu di dalam hatiku.
“Emran, sempat lagi kau nukilkan sajak itu disaat kalutmu menguruskan pemergian Tunku ke London,” Aku menatap lali cetakan sajak itu di majalah SEDAR.Seminggu yang lepas Emran beritahu, Tunku akan berangkat ke London. Dia mungkin agak sibuk.
PERIKATAN bermesyuarat mencari jalan terbaik supaya rombongan itu mendapat hasilnya.“Kenapa kau tersenyum keseorangan?” Ibu menegurku. Aku jadi malu bila ditegur begitu.“Apakah sajak kau terbit dalam majalah?” tanya emakku lagi.“Kali ini tidak. Sajak abang Emran yang terbit,” beritahuku.
“Sebut pasal Emran, ibu mahu bertanya. Bilakah mahu dilangsungkan soal kamu berdua. Jangan lama-lama, Emran itu dikelilingi ramai wanita. Nanti engkau pula yang melopong,”Aku terasa mahu ketawa mendengar amaran ibu.“Abang Emran tidak begitu. Musalmah percayakan dia,” tegasku.
“Pokok kalau selalu ditiup angin akan tumbang juga. Kalau tak tumbangpun akan senget juga,”Aku memandang ibu sambil tersenyum. Aku tahu kerisauan seorang ibu.“Ibu lihat Emran semakin kurus. Batuknya kelihatan seperti berlarutan lamanya,” Ibu tiba-tiba mengalih topik perbualan kami.“Itu juga yang Musalmah bimbangkan. Berkali-kali Musalmah nasihati dia supaya berjumpa doktor. Katanya dia tidak sakitlah...penat sahajalah...dan terlalu sibuk,” balasku. Aku juga seperti ibu. Bimbangkan Emran. Dia yatim piatu. Tiada sesiapa yang menjaganya.Ahh!! Alangkah baiknya jika aku disampingnya menjaga makan pakai dan sakit tidurnya.
“Moga Emran dilindungi Allah. Moga dia sihat dan kamu cepat disatukan,” doa ibu.Dalam hati aku mengaminkan doa itu. Moga berkat.“ Ibu... sebenarnya abang Emran ada beritahu soal kami,”“Apa katanya?”“Emm... katanya mungkin akan dilangsungkan saat kita merdeka,”Aku lihat ibu terkejut. “Jangan main-main Musalmah. Entah bila kita akan merdeka. Entah berjaya atau tidak Tunku mendapatkan kemerdekaan daripada British itu,”
“Insyaallah akan berjaya. Abang Emran mahukan kami kahwin selepas merdeka. Kata abang Emran lagi kalau boleh sama saatnya dengan kemerdekaan Tanah Melayu,”Ibu diam. Mungkin kehabisan kata-kata.
“Harapnya begitulah. Moga kau dan negara ini bahagia,” sambung ibu perlahan.“Aku tersenyum mendengar kata-kata ibu. Aku makin galak tersenyum apabila teringatkan kata-kata Emran.
“Merdeka itu mahar perkahwinan kita,”
Khabar gembira
1957
Ibu membebel-bebel. Sudah menganjak setahun. Perkhabaran tentang pertunangan kami masih sama. Tanah Melayu masih belum merdeka. Emm... barangkali diambang merdeka.Aku fahami kesibukan Emran. Aku juga tidak pernah meminta dia mempercepatkan perkahwinan ini. Bagiku biarlah Emran berjuang mendapatkan kemerdekaan terlebih dahulu. Kerana itu lebih penting. Aku tahu cinta Emran kepadaku bernyala. Akan tetapi cintanya kepada tanah air lebih membara.Bukankah merdeka itu mahar yang dijanjikan Emran?Tunku Abdul Rahman membawa perkhabaran gembira.
1956 menitipkan sejarah bahawa pemergian rombongan PERIKATAN ke London berjaya memeterai Perjanjian London. 31 ogos tahun ini Tanah Melayu akan merdeka.Usai Suruhanjaya Reid, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal. Aku jadi bangga apabila Emran memberitahu wujudnya permaufakatan dan sikap tolak ansur antara kaum yang memudahkan perjalanan ke arah kemerdekaan ini. Aku begitu bangga kepada kau Emran, PERIKATAN yang kau sertai memang bijak, sebijak engkau.Kesempatan yang diberikan oleh pengarang majalah SEDAR, membuatkan aku juga tolong memakmurkan kefahaman untuk bersatu antara kaum. Aku menulis sajak-sajak perpaduan.
Aku menentang sikap berpuak-puak. Memilih warna kulit. Bersekelompok dalam satu bangsa.Aku yakin untuk merdeka. Tanah Melayu perlukan perpaduan. Melayu itu tuan rumah, tetapi Cina India dan kaum lain-lain adalah tetamu yang perlu dihormati.“Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan Emran,” aku berkata begitu saat Emran bertanyakan mengapa sajak-sajakku banyak bertemakan perpaduan. Ketika itu Emran menjengukku untuk menyampaikan majalah SEDAR yang terbaharu. Aku di muka pintu. Dia duduk di anak tangga.“Kau boleh lakukan lebih lagi. Mari sertai aku berpersatuan,” ajak Emran.Aku geleng-geleng kepala.“Aku bukannya tidak mahu. Tapi rasanya biarlah aku berjuang dengan caraku. Aku menulis. Mencipta bait-bait ayat. Menelus ke setiap hati nurani rakyat Tanah Melayu,”Imran tunduk. Majalah SEDAR di tangannya ditatap. Dia ralit membaca. Kemudian Emran merenung jauh.
Kesempatan itu, aku gunakan untuk menyelusuri setiap jasadnya. Tubuh Emran semakin kurus. Dia kelihatan pucat. Aku pernah menasihatinya berjumpa doktor. Katanya sudah ketemu dengan doktor. Kata Emran lagi, dia tidak punya apa-apa sakit. Aku keluh kesah melihat fizikalnya.
“Emran...jangan lupakan kesihatanmu,”“Kenapa kau diam?” tanyaku kembali.Emran berpaling. “Kerana aku sedang menghayati sajak-sajak Anggerik Desa,”“Oh Anggerik Desa, aku jatuh cinta pada sajak-sajakmu,” tiba-tiba Emran mengungkapkan begitu sambil matanya langsung memanah mataku.“Jatuh cinta pada Anggerik Desa. Jadi bukan padaku,” aku pura-pura marah.“Kau dan Anggerik Desa adalah sama jasadnya.
Hatiku jatuh pada sajak Anggerik Desa. Cintaku jatuh pada manisnya Musalmah,” ucap Emran sambil ketawa.Aku berlari masuk ke dalam rumah. Terus merajuk tanpa menghiraukan ayat puitisnya itu. Ahh... biarkan saja dia pujukku.
Dan mimpi berguguran
Tarikh kemerdekaan sudah ditetapkan. Rakyat Tanah Melayu semacam berpesta. Merdeka ertinya bebas. Bebas daripada cengkaman penjajah. Berdikari. Menjadi warganegara yang berhak menentukan negaranya sendiri.Semua orang gembira.Akan tetapi aku duka.Khabar daripada Emran sudah lama aku tidak terima. Emran senyap sahaja. Dahulu, dia akan sering datang membawa majalah SEDAR keluaran terbaharu. Tapi kini tidak lagi. Emran hilang tanpa berita.Puas aku tanya sana sini. Aku tanyakan pada rakan-rakannya. Juga tiada berita.Aku begitu rindukan Emran.Sajak-sajak lamanya aku baca berulang-ulang.
Aku mahu mengubati rindu ini.Emran sudah berubahkan engkau?
Adakah engkau berjumpa dengan gadis lain saat-saat engkau berjuang mendapatkan kemerdekaan negara ini?
Pertanyaan jahat itu berulang kali menyerbu akal fikiranku. Aku jadi serabut.
“Aku tahu Emran jujur. Dia tidak akan lupakan aku. Dia sayangkan aku.”Aku menguatkan semangat.Bukankah merdeka itu mahar perkahwinan kita. Tanah Melayu semakin merdeka. Harapnya cinta kita juga semakin mendekat merdekanya.
“Bagaimana ibu? Dapat berita tentang Emran,” aku langsung bertanya saat ibu menerjah masuk ke dalam rumah.Ibu membuka tudungnya perlahan-lahan.Aku lihat mata ibu merah.“Ibu...sudah jumpakah abang Emran?” aku ulangi pertanyaan.“Bersiaplah Musalmah. Kita akan bertolak segera,” kata ibuku.
“Bertolak kemana ibu?” tanyaku mendesak.
“Tadi rakan karib arwah Emran berjumpa dengan ibu. Emran koma selama seminggu di hospital. Katanya dia mendapat penyakit paru-paru. Pihak hospital tidak dapat mencari warisnya dan dia telah...,”“Arwah!” aku terkejut. Tubuhku terasa lemah. Melayang dan terlalu ringan. Yang dapat aku rasa hanyalah dakapan ibu.Di mataku aku lihat Emran tersenyum. Mulutnya terkumat kamit membaca sajak. Tangannya digenggamkan ke atas.
“Merdeka ini mahar cintaku!”

KeBeSaRaN...AllaH S.W.T

Salam.....
Aku suka tengok rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari terutamanya,discovery n national geography....Kejadian alam yang sangat menakjubkan seperti gempa bumi,letusan gunung berapi dan Storm....amatlah dasyat dan membuatkan kita sentiasa berfikir,sebab-sebab berlakunya kejadian ini....Adakah disebabkan kejadian alam yang seharusnya berlaku,atau balasan daripada tuhan diatas kesalahan-kesalahan yang kita lakukan......semuanya hanya Dia yang tahu.....Apa2 pun tenung dan berfikir sebentar tentang kejadian ini.....


Nukilan:iena

Saturday, August 29, 2009

KaSiH SaYaNg SeeKoR BuRuNg......

Salam....
Aku rasa kagum gler tengok gambar ni...Kasih sayang antara haiwan.Walaupun pun diorang ni hanya haiwan,tetapi ada juga perasaan kasih sayang antara diorang.Inikan pula kita sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir secara waras,seharusnya nilai kasih sayang itu sendiri haruslah lebih kuat dan utuh antara kita....Tapi tak dapat dinafikan,zaman sekarang ni,perasaan kasih sayang,tolong menolong dan simpati semakin berkurangan manakala sikap iri hati,dengki dan sombong semakin bermaharajalela...Semoga bulan ramadhan ni dapat mengikis sikap yang negatif dalam diri kita...............dan Allah sentisa tunjukkan kita jalan yang lurus lagi benar
...AMIN...

Nukilan:iena

Friday, August 28, 2009

NaSi LeMaK PeNeMaN SaHuR Ku.......

Salam..................
Pagi ni dalam keadaan yang sangat dingin dan hujan yang masih lagi berguguran,tiba-tiba perut aku terasa nak bersahur dengan makanan yang berat sikit...Dalam pukul 2 pagi,Aku mengambil keputusan turun ke cafe dan melihat menu-menu yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam perutku ni........Juga ditemani rakan sebilik..Kak.Bai

Dalam banyak-banyak menu.....aku terasa tertarik dengan nasi lemak..hahahhaha..
Aku memulakan langkah dengan mengambil Nasi + Telur +Ikan Bilis +Sambal= Nasi Lemak yang sedap......

Selepas membeli juadah yang enak bangat itu,aku ngan K.bai terus menjamu selera.Begitu juga dengan si ayu yang hanya sekadar menjamah sedikit roti ...Katanya mahu diet..ntahlaa..Kami menjamu selera dengan ditemani bunyi deruan angin dan deruman hujan yang turun serta kedinginan pagi yang begitu mengasyikkan.............erm..Indahnya saat ini..
Aku suka dengan situasi seperti ni........Hanya tahun ini yang terakhir bagi kitaorang.....Aku akan ingat kenangan ini sampai bila-bila....
Nukilan :iena

Thursday, August 27, 2009

KeDaTaNGaN RaMaDHaN DiSaMBuT HuJaN

Salam.....
Bulan ni merupakan bulan dimana gugurnya hujan di bumi Allah ini ...dari pagi sampailah kepetang...Perjalananku dari kampung ke Penang juga diiringi dengan hujan yang jatuh ke bumi ibarat kaca yang berderai jatuh berguguran ke lantai...tiada langsung halangan..Mungkin ini merupakan hikmah dari Tuhan.Bulan Ramadhan yang mulia ini diiringi dengan titisan hujan.......
Walaupun hujan,dan aku sentiasa dalam kesejukan...tidak sedikit pun mematahkan semangatku untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa.kadang-kala aku merasakan biarlah hujan ini sentiasa turun dan menyirami bumi,kerana tiada kepanasan lagi untuk kita rasa bahangnya dan keletihan juga tidak akan terpancar di wajah kita...disaat menyambut bulan Ramadhan..
Ermm...Aku juga selalu merasakan,biarlah hati manusia ini juga seperti hujan yang sentiasa kesejukan dan tenang...tidak seperti matahari yang sangat panas bahangnya sehinggakan membuatkan kita terasa peritnya...Semoga bulan Ramadhan ini dapat memperbetulkan hati kita dan Allah sentiasa menunjukkan jalan yang diredhaiNya kepada kita sebagai umatNya..AMIN...
Nampaknya hujan semakin lebat dan aku merasakan hujan akan berterusan sehingga malam...Aku juga tidak pasti dimana tamatnya perjalananan hujan ini...mungkin esok lusa atau ......tiada tempohnya..dalam masa yang sama ,aku terdengar sayu laungan azan yang menandakan sudah masuknya waktu solat Asar.....
Cukuplah disini aku mencoretkan lukisan hatiku.......sementara menunggu kak Bai pulang untuk membeli juadah berbuka puasa,aku terasa mahu saja rehatkan minda dan badanku.....serta menunaikan solat.....Disaat aku menamatkan coretanku ini...hujan masih lagi turun dan kali ini lebih lebat......

Hujan dimanakah penghujungmu...?hanya Dia yang mengetahui..AMIN
nukilan:iena

SeLaMaT HaRi JaDi MaK…

Salam...

Pada tanggal 24 Ogos 2009 ,merupakan tarikh lahir my mum…xda beli pa pun kat mak aku..just bagi sekeping hati yang sentiasa merinduinya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.Mak aku ada simpan hasrat nak kan satu baju ni,xpi dah puas aku cari ,tak jumpa pun.Apa2 pun aku nak cari juga ,khas tuk mak aku….Tunggu ye mak…
Buatmu Ibu
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikanIbu...
dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Nukilan:iena

Wednesday, August 26, 2009

CoMeL BaNGaT...

Salam……

Baru-baru ni aku cuti seminggu.Seronok sangat dapat balik kampung.Yela.1st ramadhan tu dapat bukak ngan family.Masa aku balik kampung tu,kakak aku yang tinggal kat Terengganu tu pun balik gak..Alamaknya..riuh rendah la teratak Bondaku….hahhaha…
Masa cuti tu,aku banyak habiskan masa melayan si kecil yang memerlukan belaian seorang wanita seperti aku ni…..hahhaha..Sapa lagi..anak2 sedara.Penuh rumah….Nak citer sikit pasal perangai diorang ni…


Yang 1st tu namanya Nurin Farisha.Dah bermur 7 bulan….Orangnya cute bangat cam anak mami…Tapi klau buat perangai memang dah x cute..1 sen pun dh xleh pakai.Klau dier tengok kitaorang makan ,nangis2 nak juga..tak kira la makan nasi ke,roti ker or smething like that..Klau dah dapat mesti ketawa….sampai bunyi..Ahhak..Ahak….lebih kurang cam tu la….Lagi satu dier suke mengeluh..buat bunyi..hai….Apa2 pun bunyi yang dier buat memang cute.Kadang-kadang bila dier buat perangai memang geram,tapi bak kata pepatah,kanak-kanak itu mengajar kita erti kesabaran…ermm

Yang tengah tu namanya Muhammad Danish Naim.Baru berumur 4 bulan lebih.Aku suker sangat pegang dier coz diam je.Tak banyak ragam….Tapi yang membuatkan aku x larat adalah berat badannya yang kini mencecah 6 kilo lebih..hahhahahahha…Nak lambung pun boleh patah tangan..Yang ni pula tak dapat dinafikan muka dier Chinese look…tak macam muka mak n ayaha dier..(tak caye..tak caye…).Kiranya dier ni seorang yang sangat baik kerana buat kita tenang je….hehhehe

Ok.yang last ni nama dier panjang sikit…klau berbelit lidah nak sebut maaf ye..Nur Hidni Qistina Najwa.Umur dier lebih kurang Nurin 7 bulan.Yang ni lagi la banyak ragam.Penin-Penin.Kat kitaorang ni dier tak nak sangat,mungkin sebab jarang balik kampung.Klau makan ,mama dier suap lambat-lambat pun dier meragam.Kadang-kadang tu geram gak.hahhahah…Tapi cute sangat.Tapi klau nak bergambar ,baik je dier..tu hah..muka nak masuk camera….Samala ngan Nurin…
Persamaan ketiga –tiga budak yang cute ni,diorang lahir dalam tahun yang sama..iaitu tahun 2009.Alamatnya t skolah pun sklali la..Cuma tempat je lain…Pendapat aku la…bila diorang nak ambik exam penting cam UPSR ker,PMR ker or bla..bla..bla..Mesti mak n ayah diorang ni dok tnya anak ang dapat bpe A?,exam camne.?.n macam2 lagi la……………klau aku….xnak laaa..hahhahahhahah..Tunggu je la diorang besar nanti.huhuuh
nukilan:iena

TaHNiaH AzWa..

Salam...

1st skali aku nak ucap tahniah la kat kawan aku ni..si Azwa yang sudah pun berjaya mengharungi cabaran selama 3 tahun di USM....Akhirnya pada tanggal 14 Ogos 2009...dia telah pun berjaya membawa segulung ijazah yang membawa maksud telah menamatkan pengajiannya dalam bidang yang diceburi...(lupa plak kos pe dier ambik)

Sebagai kawan yang sangat baik..(ye ker..)aku pun p jugak tgok dier konvo...siap beli hadiah lagi..huhuhuhu.Tapi sedih ar..tak sempat nak sembang lama ngan dier coz dier dah nak balik kl..Bila dah tengok dier konvo,semangat tu datang berkobar-kobar,coz tak sabar-sabar nak konvo tahun depan.(sabar ek....bulan 8 tahun depan je ....)

Teringat pula detik pertemuan ngan dier.Kitaorang ni 1 clas masa sekolah rendah dulu.Jadi kawan karib masa darjah 6.Akhirnya masuk skolah menengah berpisah coz dier ikut ayah dier berpindah ke Selangor.Maklumlah ayah dier keje polis.Jodoh tu mmg dekat antara kitaorang,Allah telah pertemukan kitaorang kat USM...AMIN....apa2 pun..dier tetap macam dulu....

Ingat balik kenangan skolah rendah......(Sek.Keb.Dato Haji Zainuddin)..nama yang cukup indah untuk diingati....Segalanya Disini Menggamit Memori.....hahhahhah..klasik la plak..

Nukilan:iena

SePuLuH LaNgKaH MeNYaMbuT RaMaDHaN


1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.
· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

RaMaDHaN MeNJeLMa LaGI......


Ramadhan punya makna tersendiri di hati umat Islam. Bulan ini adalah bulan rihlah ruhaniyah (wisata rohani). Umat Islam melepas belenggu materialisme dunia dengan menghidupkan dunia ruhiyah. Sebulan penuh umat Islam menjalani proses tadzkiyatun nafs (pembersihan jiwa). Sebulan penuh umat Islam melakukan riyadhatur ruhiyah (olah rohani).

Sebulan penuh umat Islam bagai ulat dalam kepompong Ramadhan. Diharapkan di akhir Ramadhan kondisi rohani mereka secantik kupu-kupu. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [QS. Al-Baqarah (2): 183]

Amal-amal apa saja yang bisa kita lakukan di bulan Ramadhan agar kita bisa memperoleh derajat takwa?
1. Berpuasa (Shiyam)

Amal yang utama di bulan Ramadhan tentu saja berpuasa. Hal ini diperintahkan Allah swt. dalam Al-Quran surat Al-Baqarah (2) ayat 183-187. Karena itu, agar puasa kita tidak sia-sia, perdalamlah wawasan kita tentang puasa yang benar dengan mengetahui dan menjaga rambu-rambunya. Sebab, puasa bukan sekadar tidak makan dan tidak minum. Tapi, ada rambu-rambu yang harus ditaati. Kata Rasulullah saw., “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui rambu-rambunya dan memperhatikan apa yagn semestinya diperhatikan, maka hal itu akan menjadi pelebur dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya.” (HR. Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Jangan pernah tidak berpuasa sehari pun tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Meninggalkan puasa tanpa uzur adalah dosa besar dan tidak bisa ditebus meskipun orang itu berpuasa sepanjang masa. “Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshah atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak bisa ditebus bahkan seandainya ia berpuasa selama hidup,” begitu kata Rasulullah saw. (HR. At-Turmudzi)

Jauhi hal-hal yang dapat mengurangi dan menggugurkan nilai puasa Anda. Inti puasa adalah melatih kita menahan diri dari hal-hal yang tidak benar. Bila hal-hal itu tidak bisa ditinggalkan, maka nilai puasa kita akan berkurang kadarnya. Rasulullah saw. bersabda, “Bukankah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia dan kata-kata bohong.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah saw. juga berkata, “Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga meninggalkan kata-kata bohong bahkan mempraktikkanya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, yaitu sekadar meninggalkan makan dan minum.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Semua itu tidak akan bisa kita lakukan kecuali dengan bersungguh-sungguh dalam melaksankannya. Dengan begitu, puasa yang kita lakukan menghasilkan ganjaran dari Allah berupa ampunNya. Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

Salah satu bentuk kesungguhan dalam berpuasa adalah, melakukan makan sahur sebelum tiba waktu subuh. Rasulullah saw. menerangkan, “Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan Anda tinggalkan, meskipun hana dengan seteguk air. Alah dan para malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur.”

Selain sahur, menyegerakan berbuka ketika magrib tiba, juga bentuk kesungguhan kita dalam berpuasa. “Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya ialah mereka yang menyegerakan berbuka puasa,” begitu kata Rasulullah saw. Rasulullah saw. memberi contoh bersegera berbuka puasa walaupun hanya dengan ruthab (kurma mengkal), tamar (kurma), atau seteguk air. (HR. Abu Dawud dan Ahmad).

Selama berpuasa, jangan lupa berdoa. Doa yang banyak. Sebab, doa orang yang berpuasa mustajab. Ini kata Rasulullah saw., “Ada tiga kelompok manusia yang doanya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah doa orang-orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka.” (HR. Ahmad dan Turmudzi)

2. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)

Al-Qur’an diturunkan perama kali di bulan Ramadhan. Maka tak heran jika Rasulullah saw. lebih sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain. Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, pahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang berkah.
Buat target. Jika di bulan-bulan lain kita khatam membaca Al-Qur’an dalam sebulan, maka di bulan Ramadhan kita bisa memasang target dua kali khatam. Lebih baik lagi jika ditambah dengan menghafal satu juz atau surat tertentu. Ini bisa dijadikan program unggulan bersama keluarga.

3. Memberikan makanan (Ith’amu ath-tha’am)

Amal Ramadhan yang juga dianjurkan Rasulullah saw. adalah memberikan santapan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa. “Barangsiapa memberi makanan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR. Turmudzi dan An-Nasa’i)
Sebenarnya memberi makan untuk orang berbuka hanyalah salah satu contoh bentuk kedermawanan yang ingin ditumbuhkan kepada kita. Masih banyak bentuk sedekah yang bisa kita lakukan jika kita punya kelebihan rezeki. Peduli dan sigap menolong orang lain adalah sifat yang ingin dilatih dari orang yang berpuasa.

4. Perhatikan kesehatan

Berpuasa adalah ibadah mahdhah. Tapi orang yang berpuasa juga sebenarnya adalah orang yang peduli dengan kesehatan. Makanya Rasulullah saw. berkata, “Berpuasalah kamu, maka kamu akan sehat.” Tak heran jika selama berpuasa Rasulullah saw. tetap memperhatikan kesehatan giginya dengan bersiwak, berobat dengan berbekam, dan memperhatikan penampilan, termasuk tidak berwajah cemberut.

5. Jaga keharmonisan keluarga

Puasa adalah ibadah yang khusus untuk Allah swt. Tapi, punya efek yang luas. Termasuk dalam mengharmoniskan hubungan keluarga. Jadi, berpuasa bukan berarti menjauh dari istri karena taqarrub kepada Allah sepanjang malam. Bukan juga tiada hari tanpa i’tikaf. Rasulullah saw. berpuasa, tapi juga memenuhi hak-hak keluarganya.
Dalam praktik keseharian, hanya di bulan Ramadhan kita bisa makan bersama secara komplit sekeluarga, baik ketika berbuka atau sahur. Di bulan lain hal ini sulit dilakukan. Keharmonisan keluarga juga bisa kita dapatkan dari shalat berjamaah dan tadarrus bersama.

6. Berdakwah

Selama Ramadhan kita punya kesempatan berdakwah yang luas. Karena, siapapun di bulan itu kondisi ruhiyahnya sedang baik sehingga siap menerima nasihat. Jadi, jangan sia-siakan kesempatan ini. Rasulullah saw. bersabda, barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.

Jika mampu, jadilah pembicara di kultum ba’da sholat zhuhur, ashar, dan subuh di musholah atau masjid. Bisa juga menjadi penceramah di waktu tarawih. Jika tidak bisa berceramah, buat tulisan. Sebarkan ke orang-orang yang Anda temui. Jika tidak bisa, bisa mengambil artikel-artikel dari majalah, fotocopy, lalu sebarkan. Insya Allah, berkah.

Ini sebenarnya hanyalah langkah awal bagi kerja yang lebih serius lagi. Dengan melakukan hal-hal sederhana seperti di atas, sesungguhnya Anda sedang melatih diri untuk menjadi sosok yang bermanfaat bagi orang lain. Kata Rasulullah saw., mukmin yang baik adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.

7. Shalat Tawawih (Qiyamul Ramadhan)

Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah shalat tarawih (qiyamul ramadhan). Rasulullah saw., karena khawatir akan dianggap menjadi shalat wajib, melaksanakan shalat tarawih berjamaah bersama para sahabat tidak sepanjang Ramadhan. Ada yang meriwayatkan hanya tiga hari. Saat itu Rasulullah saw. melakukannya secara berjamaah sebanyak 11 rakaat dengan bacaan surat-surat yang panjang. Tapi, di saat kekhawatiran akan diwajibakannya shalat tarawih sudah tidak ada lagi, Umar bi Khattab menyebutkan jumlah rakaat shalat tarawih adalah 21 atau 23 rakaat (HR. Abdur Razzaq dan baihaqi).

Ibnu hajar Al-Asqalani Asy-Syafi’i berkata, “Beberapa riwayat yang sampai kepada kita tentang jumlah rakaat shalat tarawih menyiratkan ragam shalat sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing. Kadang ia mampu melaksanakan shalat 11 rakaat, kadang 21, dan terkadang 23 rakaat, tergantung semangat dan antusiasmenya masing-masing. Dahulu mereka shalat 11 rakaat dengan bacaan yang panjang sehingga mereka bertelekan dengan tongkat penyangga, sedangkan mereka shalat 21 atau 23 rakaat, mereka membaca bacaan-bacaan yang pendek dengan tetap memperhatikan masalah thuma’ninah sehingga tidak membuat mereka sulit.”
Jadi, silakan Anda qiyamul ramadhan sesuai dengan kadar kemampuan dan antusiasme Anda.

8. I’tikaf
Inilah amaliyah ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini dikomentari oleh Imam Az-Zuhri, “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”
Mudah-mudahan Anda bukan dari golongan yang kebanyakan itu.

9. Lailatul Qadar

Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk bida meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Kenapa? Karena, “Barangsiapa yang shalat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.

10. Umrah

Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Karena, pahalanya akan berlipat-lipat. Rasulullah saw. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, karena nilainya setara denagn haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

11. Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

12. Perbanyaklah Taubat

Selama bulan Ramadhan Allah swt. membukakan pintu ampunan bagi hamba-hambanya dan setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api neraka. Karena itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

Friday, August 14, 2009

HIKMAH KEMATIAN


Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berpikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diartikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di kantor akan dibuang atau diarsipkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteri-bakteri dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.

Singkatnya, “onggokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?

Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting

Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyadarkan dirinya bahwa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyadari bahwa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus paham akan kematian tubuhnya - yang ia coba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahwa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berpikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berpikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di kantornya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terpikirkan oleh mereka bahwa koran esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahwa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.
iena

PeRGiNyA SeOraNg PeNDaKWaH.......

Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam."Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. "Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.
"Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri," jelasnya.
iena

Sunday, August 9, 2009

DiSeBaLiK CiTe KaKi PaNCiNg.......

Kisah Seram...

Amin memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Amin mesti gi mancing kat situ.Satu hari masa minum kat kedai kopi Starbucket, Amin terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Amin dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Amin masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Amin bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Amin sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus gi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.Tak lama kemudian Amin nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.Amin segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Semasa mengambil wuduk, Amin terasa kepala terasa berat spti sesuatu duduk di atas kepala.Tp sbb lwat,Amin tidak hiraukan semua tuh..Masa Amin di rakaat yg kedua, Amin tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Amin, setiap kali Amin sujud, Amin terasa kepala & tengkuknya berat lagi, Amin tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Amin tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Amin dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Amin meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Amin tersedar.hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Amin sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.Ingatkan kopiah...sekali helmet daaaa...

Saturday, August 8, 2009

ORaNg YaNg MeNCiNTaiMu KaMu.......

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama
kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

WaRKaH UnTuK MaK.......

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.....
Mak tau tak.... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa
..... dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia......
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... kengkadang siaran indonesia ... mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujuk.. nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... .. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .. Mak..... amponkan kami semua.. kami nak mak sihat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak...
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta... Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai.... mak buat kenduri kesyukuran.. .... Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut... kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ... ampon kan kiter....

Mak......
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih.... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.......

terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak......
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... kiter rindu kat mak..!
Takpa la.... nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak.... menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak..... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas...

makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak.. boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.....
cukup la sampai sini dulu...
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak.. esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau.... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang...sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Diadaptasi.......

Friday, August 7, 2009

HaSiL TaNGaN KuH.....

Salam................
Aku rasa potret yang aku hasilkan ni boleh tahan la..........Tapi cam ada yang masih tak puas hati...huuhuuh.Aku tak suka la coretan kat wajah tu.Nampak lukisan ni cam hodoh je.tapi lecturer soh buat jugak.Ni merupakan asas garisan/line.......Aku rasa nampak cam penyamun je..and ada sikit nampak cam berumur...hahahahahahahah..Apa-apapun aku suka sebab ni hasilan tangan ku.......Bukan senang nak warnakan ni...Kena guna dakwat cina plak tu...dakwat melayu katanya tak sesuai mahupun dakwat india..erm....Minggu depan dah kena hantar.Harap-harap dapat ok la.....Amin...


Nukilan:iena

Thursday, August 6, 2009

CiNTa Oh..CiNtA

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Satu-satunya cara agar kita mem
perolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Nukilan:iena