Tuesday, July 28, 2009

HiDNi DaH PaNDaI CaKaP...MaMa..AbAH

Baru-baru ni ym ngan abang ipar...khabar gembira yang aku dapat...Hidni dah pandai cakap...Mama ngan abah.Bagi seseorang yang bergelar ibu dan ayah,dua perkataan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna.Ini merupakan langkah awal pengenalan kanak-kanak terhadap dunia mereka.Tak sabar plak nak dengar Hidni sebut..Cik Nina.hehehe.Gelaran untuk aku...
Tiba-tiba teringat plak kat dier.Bila la Hidni nak balik kampung.Yang pastinya empunya nama ni dah semakin tembam orangnya.Mesti cute ni..Tak sabar nak cubit pipi dier....hahaahah
Aku harap dier sentiasa sihat disamping keluarga......Tuk dan orang kat kampung tak sabar nak tengaok Hidni.Harap cuti sekolah ni balik la diorang....Mesti meriah la rumah.Erm....

nukilan: Cik Nina....

Tuesday, July 21, 2009

kHaS UnTuK SaHaBaT KuH...


Tanpa seorang ayah………
Selepas balik dari on-air..tiba-tiba tangan kuh ni tergerak untuk mencoretkan sesuatu khas untuk sahabat kuh…….Dengan fikiran yang melayang entah ke mana,aku gagahkan juga untuk mencoretkan apa yang terbuku di dalam hati sejak malam tadi…..terselit juga difikiran mengenai topik yang bakal dibincangkan dalam kelas tutorial nanti….tapi biarkan dulu kerana….selepas ini pasti jasad kertas tersebut akan tanganku sentuh juga cuma kiraan waktunya belum ku pasti….

Tanpa seorang ayah….itulah ungkapan yang aku rasakan sesuai untuk sahabatku ini…Sebagai anak tunggal dalam keluarga dan kelahirannya di dunia hanya merasai sesingkat sahaja kasih sayang seorang ayah pasti tidak diduga….namun itu takdir yang harus dilaluinya…ermmmm…..bagi aku,seorang lelaki yang bergelar ayah merupakan tunjang dalam sebuah keluarga..dan posisinya dalam keluarga sangat la penting…..Berkongsi kehidupan bersama seorang ayah tidak pernah dirasainya kerana sewaktu beruisa setahun ikatan yang dibina selama ini terlerai antara ibu dan bapanya…yang dikatakan berpunca daripada orang ketiga…tapi kesahihan cerita tersebut belum lagi menemui kepastian kerana rahsia orang tua sangatlah dalam dan sukar untuk ditangkis……

Sebagai ketua rumah,tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga ibu dan neneknya sangatlah penting kerana hanya mereka berdua tempat mengadu dikala duka……Pertemuan yang tak disangka terjadi sewaktu pertemuan terakhir dikala…nadi seorang ayah berdenyut sampai kehujungnya…..Sehingga ke akhir hayat,si ayah tidak pernah berkahwin lain dan aku yakin hubungan yang terlerai ini mungkin disebabkan perasaan dengki sesorang yang cuba merampas kebahagiaan orang lain……Tangan ku ini hanya mampu mencoretkan apa yang telah disampaikan kepada penulis ini……sama-sama kita hayati coretan ayat yang ku coretkan ini...(lirik lagu)

ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa
kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
nukilan :iena

SePi AnGiN Ke KoTa LoNDoN.....

Salam............

Malam ni ntah la kenapa fikiran ku ini melayang-layang seperti ditiup angin entah kemana destinasinya..Tiba-tiba aku ingat cite Sepi Angin Ke Kota London.DRAMA ni menggambarkan kehidupan realiti masyarakat Melayu kampung pada masa dahulu meninggalkan kesan dan menyentuh hati aku.Drama ni jugak tak macam drama-drama lain. Kebanyakan penerbit menceritakan kehidupan mewah hari ini. Sepanjang menonton drama selama dua jam ini, beberapa kali aku menitiskan air mata.Drama Sepi Angin Ke Kota London dalam slot Citra TV2 Isnin 5 Januari 2004 kerana drama ini meninggalkan kesan yang sungguh mendalam....

MyEm0.Com

Drama ni mengisahkan dimana seorang pemuda kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kota London....Disebabkan hidup dalam kemiskinan die terpaksalah berkorban untuk mencari wang..bagi membiayai kos pemergiannya ke sana.....Tetapi disebabkan pada masa dahulu hubungan dalam kalangan orang kampung sangatlah rapat,sikap tolong-menolong tu memang tersemat dalam hati setiap insan.....So ,orang kampung la yang sibuk mengumpul duit untuk membantu si Akhbar ni...itula nama dia...Siap buat kenduri lagi kat dier....

Kejadian yang tak disangka berlaku masa Akhbar tengah membeli barang untuk kegunaannya di London nanti.....Berlaku adegan tembak menembak antara perompak dan anggota polis di luar kedai pakaian yang dia dan kawan-kawannya singgah tu....secara tak sengaja,peluru pistol tersebut tersasar kena tubuh Akhbar......Ermmmmm kat sini sedih sangat.....Klau tgok cite dier lagi sedih.....Disebabkan insiden tu,hanya khabar angin sahaja yang membawanya ke London...........sedangkan jasadnya masih di tanah kelahirannya.

MyEm0.Com

Aku suka lagu tema drama ni....Kiasan Andrea..nyanyian kumpulan Platinum...Dah lama aku cari lagu ni,....Disebabkan tak tahu tajuk lagu dier.....ermmm dah patah semangat nak cari dah...Beberapa hari ni aku tanya kawan YM kuh.....Yeyeyeyye..Dier bagtau tajuk lagu tu...Tq ar my frenzz Fizal Ijay...Setelah sekian lama ku mencarinya..baru skarang aku dapat.....Selepas mendownload lagu tu,pastinya tiap-tiap malam aku mendengarnya sebelum aku belayar entah ke mana.........

MyEm0.Com

MyEm0.Com
nukilan :iena

Monday, July 20, 2009

KeNaNGaN Di PaCHiTaN

SaLaM...........

Hari ni aku letih sangat coz seharian mencari iklan dan berjumpa client untuk advertise kedai diorang dalam berita kampus...Yang paling sedih,berbuka puasa atas bas..........buka puasa makan angin je..huhuhuuhu.Singgah masjid dan tunaikan solat....Pas tu kitaorang terus ke sungai 2....Erm....akhirnya berisi jugak perutku yang kosong ini...Ergh..alhamdullilah..Kenyangnya..syukur padaMU Ya Allah atas rezeki yang kau berikan.Amin...
Petang tadi sebelum memulakan operasi mencari iklan...aku mesej ngan kawan lama...si Ewan..Awal perkenalan masa Radio Klasik antar aku pi HomeStay kat Pachitan N.9....Erm..budaknya baik je....Tiba-tiba ingat kenangan kat sana..Nak saja tanganku ini coretkan apa yang ku lakukan di sana.....

Masa mula-mula nak ke Kg.Pachitan tu,mak eh...sesat la plak.....Call punya call tuan umah..uhmmm akhirnya jumpa jugak..Layanan yang diberikan memang best gler...Kitaorang dapat ibu ngan ayah baru...huhuhuhuh.Siap ada adik-adik lagi....
Banyak aktiviti yang kitaorang buat..Antaranya..berkenalan ngan orang kampung....Orang kampung kat situ baik-baik belaka...Yang pastinya tiada panggilan M.cik,M.long or something like that......Semuanya ditukar...jadi ibu,mama,umi.n soon on..hahahahha

1st time sampai tu,ayah bawa kitaorang p makan kat kedai yang special..pergh..sedap makanan kat situ...

Esoknya,awal-awal pagi dah tolong ibu wat sarapan pagi...antara menunya..hahahaha..bihun,cucur kodok pisang.....Sedap jugak makan tengah panas..Pas makan..bersiap sedia bagi ikan keli makan.Ayah ngan ibu ada wat bisness ikan keli...Semoga success ya kalian.



Pastu kiatorang berjalan-jalan melawat muzium tentera di Port Dikcson n.9..Ermmm..luas jugak muzium die..best la..jalan dalam terowong bawah tanah...nasib ramai..klau sorang bertuah la nak jalan dalam tu

Seharian di muzium..singgah la kejap kat pantai P.D....tenang je kena angin yang sedang lalu sambil membiaskan haba kesejukannya..purhhhhhhhhh...tenang dan damai bak selembut sutera dan cinta kain putih..hahahahahahah
lepas makan tengah hari,kitaorang p berjalan-jalan keliling kampung.....dlam syok-syok berjalan di tengah panas,alangkah best gler jumpa gerai ais kacang...yeyeyeyeye...Singgah n hilangkan dahaga jap.....
Petang tu ke jeti ......ngan budak -budak band muzik kampung tu.Diorang yang tunjukkan jalan..Baik-baiklah budak-budak tu..Suka dengan layanan yang diorang bagikan...Tq ar tuk sume...
hahaha...Aku suke aktiviti waktu malam..iaitu malam kebudayaan...1st aktiviti adalah makan nasi ambang..ni nasi jawa la...makan kongsi dalam satu talam..(kalau kat kg aku di kedah..makan cam ni orang panggil al-harkam)...hahahah..tapi kat sini..nilah budaya dan nilai yang cuba ditunjukkan pada orang luar.Lepas makan bermula la episod hiburan iaitu ada persembahan nyanyian,poco-poco dan tarian...uihhhh semangat sungguh orang-orang kampung ni nyanyi ngan menari....
Aku pun turut kena nyanyi la..........ni sume gara-gara abang pemandu yang bawa kitaorang tu.Suke ati die bagi nama aku kat dj pada malam tu..aku duet ngan budak kampung tu juga...Aku pilih lagu jangan pisahkan.....masa naik pentas tu tuhan saje yang tahu...bertapa gemuruh dan gementarnya diri ku ini.....Tapi aku gagahkan jua..hahahha.....nasibla budak tu orangnya sempoi n slamber..lega sikit aku rasa.lagipun dia selalu nyanyi klau ada apa-apa function kat kampung tu.....Budak tu namanya Ewan..........kat sinilah aku kenal dia....Aku harap suatu hari nanti aku akan jumpa die balik..hahahahahha..kata orang kawan biar seribu...baru hidup ni senang..
ni lirik lagu dier..aku suke lagu ni...so sweet..

Deddy Dores & Mayang Sari
Jangan Pisahkan

Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu
Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan,
aku dan dia
Tuhan tolonglah,
ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

nukilan:iena

Monday, July 13, 2009

CaRTa TanGKaP LeLeH..CinR Sempoi-sempoi SeLaLu

Salam............
Dah 2 bulan tak masuk konti akhirnya hari ni,dapat jugak kakiku ni menjejak kaki ke konti dan mulut kuh ni..mengomel-ngomel di depan mic...hahahaha.........Hari ni saja aku konti 3 jam....dari pukul 10 hinggalah pukul 1 ptg...Sejuk gler dalam bilik konti ditambah pula dengan air-cone yang menjalankan fungsinya untuk menyejukkan tempat di sekeliling.......sampai menggigil..beb...
MyEm0.Com

untuk segmen aku hari ni....hahahaha.Carta tangkap leleh CinR..iaitu carta lagu 80an dan awal tahun 90an..kiranya rock kapak la tu..Lagu-lagu zaman tu memang mengusik jiwa...aku memang suke layan lagu-lagu tahun 80an ngan 90an...Kat Bawah ni aku tunjukkan korang carta Tangkap Leleh CinR..tuk minggu pertama.....


1.TAMAN ASTAKONA - SLASH
2.SALAM SEJAHTERA - SAMUDERA
3.SENDIRI - MAY
4.BILA DIRI DISAYANGI - UK'S
5.CITA DAN AIR MATA-CRK
6.DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH - HATTAN
7.SEJIWA - SPRING
8.TAKDIR DAN WAKTU - MEGA
9.SATU PENANTIAN - DWEN 14
10.KE PINTU KASIH MU - FOTOGRAF
11.HANYA PADA MU - QIARA
12.ALASAN MU - EXIST
13.AZURA - JAMAL ABDILLAH
14.CINTA KRISTAL - RAHIM MAAROF
15.CINTA KAIN PUTIH - PUTERA
16CINTA MELANKOLIA - ANN
17.KARAM - ZABARJAD
18.AKULAH KEKASIH MU - AXLS 14
19.CINTA SELEMBUT SUTERA - ELLA
20.ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA - AXL'S
21.LAYU DI HUJUNG MEKAR - RIO
22.CINTA PANTAI MERDEKA - JINBARA
23.GUGURNYA BUNGA CINTA - LAKSAMANA
24.TITIAN HASRAT - SAMUDERA
25.GERHANA CINTA LUKA - IKLIM
26.SUFI - DAMASUTRA
27.PELANGI PETANG - SUDIRMAN
28.KERANA CINTA - MEDICINE
29.LAGU KU UNTUK MU - HASNOL
30.BAHANG ASMARA- GAMMA



nukian

iena MyEm0.Com

Saturday, July 11, 2009

HuJaN dan HuJaN.......

Salam.............

Hari ni hujan je sepanjang hari dari pagi sampailah malam............sejuk gler rasanya..lebih kurang cam kat London je..(pergh...perasan je lebih...penah pi pun x)
MyEm0.Com
..hahahahah....Maklumlah duit PTPTN (pinjam jer) pun dah masuk...so..aku ngan kawan-kawan ambiklah kesempatan pi beli barang-barang keperluan(penting & x penting sume sapu je).......Mak Oi.........sale saja kat Bukit Jambul...maklumlah sempena hari keputeraan yang diPertuan Negeri...Sampai mata naik tuli beb,,,,aku just beli kasut ngan baju je.......Harga????uppsss..secret diamor la.....Duit kena simpan juga tuk masa depan....hehehehe
MyEm0.Com

Beli-punya beli,pilih punya pilih..rupa-rupanya dah pukul 2 lebih....so kitaorang pun balik la....Masa dalam bas memang letih gler...tiba-tiba ada budak menjerit coz tangan die terkepit kat pintu bas....nasiblah pakcik bas tu sempat open pintu bas...klau x dah patah tangan budak tu..Cian kat dia..nangis-nangis tau...
MyEm0.Com

Ingatkan sempat beli makanan tengah hari kat Kak Niza(cafe kitaorang).Waaawaaaaaaaawaaaaa...K.Niza dah tutup..sedih beb.Dah la perut ni dari tadi berbunyi dram je..(lapo la tu)...sedih sangat...Ingat petang tu nak ke pasar malam...drueueuemmmmmm...Hujan yang turun bagaikan mutiara....lebat gler....so kitaorang tukar pelan..xpi la pasar malam..klau p juga conpom basah walaupun berpayung...masa tu perut tuhan je yang tahu

Lepas Maghrib kitaorang tekad gler nak p juga makan kat luar walaupun awam mendung dan hujan yang berguguran.....masa sampai kat kedai makan tu,,,ish ish ish...basah abis.....tak kisah la yang penting dapat makan...yehaaaaaaaaaa
MyEm0.Com
Makanan yang dioder...ermm mestilah tomyam,nasi putih,telur dadar...limau ais,,,,,,,pergh...ujan-ujan makan cam tu..memang sodap...
Sodap punya sodap ..balik bilik pun dalam ujan juga la.........sampai je bilik terus mandi....erghhhhereghhh..SEJUK sampai menusuk ke tulang .......

MyEm0.Com

nukilan:iena

LaTiHaN aMaLi KuH..................

Salam.................tuk sume....

Pada tanggal 11/5/2009.....bermulalah alam praktikal tuk diriku..Selama ni dengar senior-senior je duk cite pengalaman diorang pasal praktikal ni....last-last dapat gak aku merasainya sendiri..Tempat aku praktikal....klau sebut je conpom sume tahu..RTM Angkasapuri......tu le tempatnya.

Kat sana aku ditempatkan di WISMA RADIO........

Dalam Wisma radio plak aku ditempatkan di Radio Klasik Nasional..segalanya disini menggamit memori...hahahahaha...1st time tu memang klasik la aku... tak tahan dengar lagu-lagu 40an ngan 50an....Tahun 60an hingga ke atas aku boleh terima la................Tapi lama-lama kat situ aku dah boleh terima.....Sedap gak sekali-sekala aku mendengarnyer..hahahahahah.............

Kat sini aku nak cite sikit sejarah Radio Klasik Nasional...

KLASIK NASIONAL merupakan gabungan dua stesen yang sedia ada di RTM iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm. Majlis pelancaran gabungan KLASIK NASIONAL telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Penerangan pada 12 OGOS 2006.Tujuan utama penubuhan KLASIK NASIONAL ialah untuk memperluaskan liputan siaran KLASIK fm ke seluruh negara dan bukan hanya di Lembah Klang sahaja.KLASIK NASIONAL juga diwujudkan untuk mengekalkan keunggulan irama Melayu yang merupakan nadi dan jantung bangsa Melayu."Segalanya Di Sini Menggamit Memori" membawa maksud semuanya ada di stesen KLASIK NASIONAL iaitu maklumat semasa dan lagu-lagu kontemporari Melayu pelbagai rentak dan malar segar.




nukilan:iena

Friday, July 10, 2009

SeLaMaT HaRi BaPa.........


Salam….
Rasanya dah lama kan..aku tidak mencoretkan lukisan hidupkuh dalam ruang blog ini….aku agak sibuk kerana menjalani latihan amali di klasik Nasional..tapi sesibuk manaupn aku disini..aku tetap gagahkan tanganku ini untuk menaip ayat yang sentiasa bermain di fikiran………..


Jika baru-baru ini kita menyambut hari ibu…sekarang giliran seorang lelaki yang bergelar bapa pula disambut dengan girang….Walaupun golongan bapa sukar menyatakan perasaan sayang dan kasih pada anakanaknya tetapi dalam hati mereka tersimpan satu perasaan sayang yang tak terucap dengan kata-kata terhadap darah daging mereka sendiri…..
Berkongsi hidup dengan seorang wanita yang bergelar isteri dan dikurniakan zuriat yang digelar anak cukup melengkapkan kehidupan seorang lelaki….


Walaupun aku telah kehilangan seseorang yang bergelar bapa,tapi namanya sentiasa tersemat di sanubari….Walaupun telah tiada didunia selama 9 tahun,tapi kenangan bersamanya sentiasa dihati,walaupun tidak akan jumpa lagi beliau didunia,aku yakin doaku pasti disambut disana………….. amin

nukilan:iena........