Tuesday, February 17, 2009

GaMBaR ReKaCiPTaKuH.......

Salam...
Dah lama rasanya tak update blog nikan?bukannya apa..skarang ni tengah sibuk ngan asgmnt la katakan.hai....letih bebenor la.........tambah2 lagi minor yg diambil seni...huhuhu
jenuh(letih) kepala ni dok memikiq nak buat sesuatu benda yang berseni...hehehehe
ok kat blog ni hari ni bukannya aku nak cite pasal seni...no!no!no!no!..
hari ni aku cuma nak tunjukkan gambo yang aku dah photoshopkan,..kiranya tipu orang la ni
TAPI...sebenarnya saja nak bagi cantik gambo 2 yang agak kurang cantik..yeker?rasa2nya klau tak photoshop pun dah cantik.....
ni la hasilnya...








Monday, February 2, 2009

DaMiA...MaRiSSa




Salam
Khas untukmu..sayangku..
Apabila aku mendengar tentang kelahiranmu...tidak dapat ku bayangkan perasaan ini selain daripada perasaan gembira...Kelahiranmu membuatkan diri ini merasa cukup matang untuk menjadi seorang ibu....
Terpancar cahaya kesyukuran dan kegembiraan pada wajah kedua-dua ibubapamu kerana dianugerahkan seorang cahaya mata .......
Perjalananmu untuk memulakan kehidupan didunia sentiasa diiringi dengan doa dan kasih sayang semoga engkau menjadi insan yang berjaya di bumi ini......
Kehadiranmu dirumah ,membuatkan keadaan menjadi sangat bahagia......mendengar tangisan manjamu membuatkan semua orang tersenyum kerana telah lama tangisan sekecil ini tidak kedengaran tatkala usia sudah menjamah mereka yang lain.
Setelah setahun berlalu....engkau semakin membesar.....kiraan umur semakin bertambah dalam kehidupanmu
Keadaan menjadi semakin riuh,apabila kakimu dapat melangkah dan berdiri dibumi yang indah ini.Tanganmu yang sentiasa mahu mencapai objek yang berada di sinaran mata...membuatkan engkau semakin ingin mengetahui..apa yang ada di dunia ini...
Semoga engkau menjadi insan yang mulia didunia ini........


Cik Nina.......

iena..........
8 pm
2/2/2009(selasa)


CiRi-CiRi IsTeRi SoLeHaH....


Salam....
Tahun ni usia aku dah 22 tahun...hai..tak sangkakan,pejam celik (2x )rupanya usia ni dah semakin jauh..kenangan lalu terus pergi diiringi dengan usia yag pernah singgah dalam kehidupan ini.Bila dah semakin matang ni...perkara yang selalu difirkan adalah kerja dan alam rumah tangga...Sekarang aku lebih berminat nak cite pasal alam rumahtangga.Bila tengok pasangan yang bahagia terasa nk bina rumahtangga 2 cepat je...tapi bila dengar macam2 cite e.g:kes dera isteri,tinggal tak bertali,bunuh isteri....rasa cam takut jugak....
Ya Allah,temukanlah hambamu ini dengan insan yang boleh membawaku ke jalanMu....AMIN...
Untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia,setiap pasangan tu perlulah bersedia...
Untuk aku,mestilah belajar untuk menjadi isteri yang solehah...hehehe(cam x sabar plak)...kat sini aku ada beberapa tips untuk mereka yang bersedia untuk membina keluarga dan menjadi isteri yang solehah......
SELAMAT MEMBACA DAN MENGAMALKANNYA........

"Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya." (Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan al-Baihaqi) Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:
1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan. Al-Bukhari berkata: "Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia tidak menceritakan kepada suaminya."
2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w, memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: "Pakailah hijab di hadapannya." Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?" Baginda bersabda: "Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?" (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)
3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu." (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).
4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat melaknatnya sehingga dia kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada berhampiran tungku api." (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)
6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada suaminya, berdasarkan sabda baginda: "Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan menjadi kayu bakar Jahanam." Ada seorang wanita yang bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?" "Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya." (Riwayat Muslim).
8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)
9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya." (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)

iena marina
4.19 pm
2/2/2009(Selasa)

Thursday, January 15, 2009

gelagat2 calon pilihanraya kampus......


(gambar contoh......)

salam...kali ni aku nak citer kat korang pasal election aku punya kampus.....(usm)...kadang-kadang rasa cam serabut je kepala otak..bukannya apa bising nak mampus diorang buat kempen.siap ada rapat umum lagi.....lecturer pun kadang2 rasa bengang juga diorang buat bising...


masa yang ditunggu telah tiba...pagi ini sebelum kekelas aku ngan member2 iaitu k.bai(bye-bye) dan ayu (ayu ker) turun mengundi....Disebabkan kitaorang turun awal,so x ramai la lagi orang.....aku pangkah orang2 yang tertentu je.....(rahsia)heheheh........Alhamdulliah nasib la pilihan raya dah tamat hari..kalau tidak mesti calon2 dan pengikut2 diorang 2 bising lagi....


apa yang menarik pasal pilihan raya kampus ,calon2 siap buat pantun lagi.....kat cni aku bagi korang pantun2 yang diorang buat:


1)"MAKAN NASI GULAI KARI,UNDILAH OOI HWA REE"


2)"INGAT PINGPONG,INGAT BONG CHOOI LING"


3)"INGAT VIVA,INGAT SIVA"


hahahahah!!!!kadang2 rasa lawak bila diorang buat kempen siap dengan pantun sekali.....jangan kata diorang saja buat pantun,aku ngan member2 pun dah terikut dengan pantun diorang......


oklah sampai sini dulu aku coretkan luahan hati ku ini...(wah2 rasa cam orang sastera plak)...coz aku nak kekelas....pas ni aku akan tulis lagi la kat korang sume.....bye....salam...
iena...
3.00 pm
(15/01/09)-khamis

OrAnG BaRu!!!







salam...tahun ni merupakan tahun yang amat bermakna bagi aku coz aku bakal m'dapat 4 orang anak saudara baru....baru-baru ni abang aku telah mendapat cahaya mata yang pertama.anak sulung la kiranya..maklumlah diorang baru bina mahligai pada tahun lepas.....kiranya ibu bapa fresh la ni.....diorang dapat anak perempuan......walaupun kakak ipar aku bersalin secara operation...syukur alhamdullillah..sumenya selamat..
Rasa2nya diorang dah bagi nama kot kat puteri diorang..ehmmmmm..x pasti la.tapi mase mengandung lagi diorang sibuk m'belek buku2 nama coz nak cari nama yang sesuai ngan anak diorang,,,,kata orang2 tua.."biaq nama ada maksud"....
Hai..meriah lagi la umah aku nnti.....nmpaknya tak menang tangan la mak aku layan cucu2nya.ni kiranya cucu yang ke-14 la bagi mak aku...huh...tak dapat bayangkan bile sume b,kumpul mesti riuh rendah la umah.....dan tak lupa juga mesti ada barang2 yang rosak...maklumlah budak2 kan ada macam2 peel!!!(best bila ingat time hari raya @ kenduri....meriah giler)
Nampaknya..tinggal 3 orang lagilah bakal lahir didunia ni.....sabar menunggu....harap2 sume selamat...

iena.....
15/01/09
8:00-khamis

Saturday, October 18, 2008

SaLaM PeRkEnALaN......


Assalamualaikum....

Harap korang sume sihat walafiat disamping orang tersayang ataupun sapa2 saja yang korang sayang..Harap2 setiap hari yang dilalui memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang sume....aku akan update selalu blog ni dan akan berkongsi dengan anda cerita yang panas!!!!harap korang sume sudi lawat blog ni....huhuhuhu.Apa-apa pun salam perkenalan dariku iena untuk korang sume......