Tuesday, July 21, 2009

SePi AnGiN Ke KoTa LoNDoN.....

Salam............

Malam ni ntah la kenapa fikiran ku ini melayang-layang seperti ditiup angin entah kemana destinasinya..Tiba-tiba aku ingat cite Sepi Angin Ke Kota London.DRAMA ni menggambarkan kehidupan realiti masyarakat Melayu kampung pada masa dahulu meninggalkan kesan dan menyentuh hati aku.Drama ni jugak tak macam drama-drama lain. Kebanyakan penerbit menceritakan kehidupan mewah hari ini. Sepanjang menonton drama selama dua jam ini, beberapa kali aku menitiskan air mata.Drama Sepi Angin Ke Kota London dalam slot Citra TV2 Isnin 5 Januari 2004 kerana drama ini meninggalkan kesan yang sungguh mendalam....

MyEm0.Com

Drama ni mengisahkan dimana seorang pemuda kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kota London....Disebabkan hidup dalam kemiskinan die terpaksalah berkorban untuk mencari wang..bagi membiayai kos pemergiannya ke sana.....Tetapi disebabkan pada masa dahulu hubungan dalam kalangan orang kampung sangatlah rapat,sikap tolong-menolong tu memang tersemat dalam hati setiap insan.....So ,orang kampung la yang sibuk mengumpul duit untuk membantu si Akhbar ni...itula nama dia...Siap buat kenduri lagi kat dier....

Kejadian yang tak disangka berlaku masa Akhbar tengah membeli barang untuk kegunaannya di London nanti.....Berlaku adegan tembak menembak antara perompak dan anggota polis di luar kedai pakaian yang dia dan kawan-kawannya singgah tu....secara tak sengaja,peluru pistol tersebut tersasar kena tubuh Akhbar......Ermmmmm kat sini sedih sangat.....Klau tgok cite dier lagi sedih.....Disebabkan insiden tu,hanya khabar angin sahaja yang membawanya ke London...........sedangkan jasadnya masih di tanah kelahirannya.

MyEm0.Com

Aku suka lagu tema drama ni....Kiasan Andrea..nyanyian kumpulan Platinum...Dah lama aku cari lagu ni,....Disebabkan tak tahu tajuk lagu dier.....ermmm dah patah semangat nak cari dah...Beberapa hari ni aku tanya kawan YM kuh.....Yeyeyeyye..Dier bagtau tajuk lagu tu...Tq ar my frenzz Fizal Ijay...Setelah sekian lama ku mencarinya..baru skarang aku dapat.....Selepas mendownload lagu tu,pastinya tiap-tiap malam aku mendengarnya sebelum aku belayar entah ke mana.........

MyEm0.Com

MyEm0.Com
nukilan :iena

1 comment:

haku said...

weh.. awak.. saya un suka lah dengan cerita nih.. walopon dah berzaman citer ni, adek beradek saya suka revise balek citer ni.. hey.. tq gak coz gtau tajuk lagu ni.. nak donlod gak..hehe