Friday, July 10, 2009

SeLaMaT HaRi BaPa.........


Salam….
Rasanya dah lama kan..aku tidak mencoretkan lukisan hidupkuh dalam ruang blog ini….aku agak sibuk kerana menjalani latihan amali di klasik Nasional..tapi sesibuk manaupn aku disini..aku tetap gagahkan tanganku ini untuk menaip ayat yang sentiasa bermain di fikiran………..


Jika baru-baru ini kita menyambut hari ibu…sekarang giliran seorang lelaki yang bergelar bapa pula disambut dengan girang….Walaupun golongan bapa sukar menyatakan perasaan sayang dan kasih pada anakanaknya tetapi dalam hati mereka tersimpan satu perasaan sayang yang tak terucap dengan kata-kata terhadap darah daging mereka sendiri…..
Berkongsi hidup dengan seorang wanita yang bergelar isteri dan dikurniakan zuriat yang digelar anak cukup melengkapkan kehidupan seorang lelaki….


Walaupun aku telah kehilangan seseorang yang bergelar bapa,tapi namanya sentiasa tersemat di sanubari….Walaupun telah tiada didunia selama 9 tahun,tapi kenangan bersamanya sentiasa dihati,walaupun tidak akan jumpa lagi beliau didunia,aku yakin doaku pasti disambut disana………….. amin

nukilan:iena........



No comments: