Saturday, July 11, 2009

LaTiHaN aMaLi KuH..................

Salam.................tuk sume....

Pada tanggal 11/5/2009.....bermulalah alam praktikal tuk diriku..Selama ni dengar senior-senior je duk cite pengalaman diorang pasal praktikal ni....last-last dapat gak aku merasainya sendiri..Tempat aku praktikal....klau sebut je conpom sume tahu..RTM Angkasapuri......tu le tempatnya.

Kat sana aku ditempatkan di WISMA RADIO........

Dalam Wisma radio plak aku ditempatkan di Radio Klasik Nasional..segalanya disini menggamit memori...hahahahaha...1st time tu memang klasik la aku... tak tahan dengar lagu-lagu 40an ngan 50an....Tahun 60an hingga ke atas aku boleh terima la................Tapi lama-lama kat situ aku dah boleh terima.....Sedap gak sekali-sekala aku mendengarnyer..hahahahahah.............

Kat sini aku nak cite sikit sejarah Radio Klasik Nasional...

KLASIK NASIONAL merupakan gabungan dua stesen yang sedia ada di RTM iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm. Majlis pelancaran gabungan KLASIK NASIONAL telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Penerangan pada 12 OGOS 2006.Tujuan utama penubuhan KLASIK NASIONAL ialah untuk memperluaskan liputan siaran KLASIK fm ke seluruh negara dan bukan hanya di Lembah Klang sahaja.KLASIK NASIONAL juga diwujudkan untuk mengekalkan keunggulan irama Melayu yang merupakan nadi dan jantung bangsa Melayu."Segalanya Di Sini Menggamit Memori" membawa maksud semuanya ada di stesen KLASIK NASIONAL iaitu maklumat semasa dan lagu-lagu kontemporari Melayu pelbagai rentak dan malar segar.




nukilan:iena

No comments: