Monday, July 13, 2009

CaRTa TanGKaP LeLeH..CinR Sempoi-sempoi SeLaLu

Salam............
Dah 2 bulan tak masuk konti akhirnya hari ni,dapat jugak kakiku ni menjejak kaki ke konti dan mulut kuh ni..mengomel-ngomel di depan mic...hahahaha.........Hari ni saja aku konti 3 jam....dari pukul 10 hinggalah pukul 1 ptg...Sejuk gler dalam bilik konti ditambah pula dengan air-cone yang menjalankan fungsinya untuk menyejukkan tempat di sekeliling.......sampai menggigil..beb...
MyEm0.Com

untuk segmen aku hari ni....hahahaha.Carta tangkap leleh CinR..iaitu carta lagu 80an dan awal tahun 90an..kiranya rock kapak la tu..Lagu-lagu zaman tu memang mengusik jiwa...aku memang suke layan lagu-lagu tahun 80an ngan 90an...Kat Bawah ni aku tunjukkan korang carta Tangkap Leleh CinR..tuk minggu pertama.....


1.TAMAN ASTAKONA - SLASH
2.SALAM SEJAHTERA - SAMUDERA
3.SENDIRI - MAY
4.BILA DIRI DISAYANGI - UK'S
5.CITA DAN AIR MATA-CRK
6.DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH - HATTAN
7.SEJIWA - SPRING
8.TAKDIR DAN WAKTU - MEGA
9.SATU PENANTIAN - DWEN 14
10.KE PINTU KASIH MU - FOTOGRAF
11.HANYA PADA MU - QIARA
12.ALASAN MU - EXIST
13.AZURA - JAMAL ABDILLAH
14.CINTA KRISTAL - RAHIM MAAROF
15.CINTA KAIN PUTIH - PUTERA
16CINTA MELANKOLIA - ANN
17.KARAM - ZABARJAD
18.AKULAH KEKASIH MU - AXLS 14
19.CINTA SELEMBUT SUTERA - ELLA
20.ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA - AXL'S
21.LAYU DI HUJUNG MEKAR - RIO
22.CINTA PANTAI MERDEKA - JINBARA
23.GUGURNYA BUNGA CINTA - LAKSAMANA
24.TITIAN HASRAT - SAMUDERA
25.GERHANA CINTA LUKA - IKLIM
26.SUFI - DAMASUTRA
27.PELANGI PETANG - SUDIRMAN
28.KERANA CINTA - MEDICINE
29.LAGU KU UNTUK MU - HASNOL
30.BAHANG ASMARA- GAMMA



nukian

iena MyEm0.Com

Saturday, July 11, 2009

HuJaN dan HuJaN.......

Salam.............

Hari ni hujan je sepanjang hari dari pagi sampailah malam............sejuk gler rasanya..lebih kurang cam kat London je..(pergh...perasan je lebih...penah pi pun x)
MyEm0.Com
..hahahahah....Maklumlah duit PTPTN (pinjam jer) pun dah masuk...so..aku ngan kawan-kawan ambiklah kesempatan pi beli barang-barang keperluan(penting & x penting sume sapu je).......Mak Oi.........sale saja kat Bukit Jambul...maklumlah sempena hari keputeraan yang diPertuan Negeri...Sampai mata naik tuli beb,,,,aku just beli kasut ngan baju je.......Harga????uppsss..secret diamor la.....Duit kena simpan juga tuk masa depan....hehehehe
MyEm0.Com

Beli-punya beli,pilih punya pilih..rupa-rupanya dah pukul 2 lebih....so kitaorang pun balik la....Masa dalam bas memang letih gler...tiba-tiba ada budak menjerit coz tangan die terkepit kat pintu bas....nasiblah pakcik bas tu sempat open pintu bas...klau x dah patah tangan budak tu..Cian kat dia..nangis-nangis tau...
MyEm0.Com

Ingatkan sempat beli makanan tengah hari kat Kak Niza(cafe kitaorang).Waaawaaaaaaaawaaaaa...K.Niza dah tutup..sedih beb.Dah la perut ni dari tadi berbunyi dram je..(lapo la tu)...sedih sangat...Ingat petang tu nak ke pasar malam...drueueuemmmmmm...Hujan yang turun bagaikan mutiara....lebat gler....so kitaorang tukar pelan..xpi la pasar malam..klau p juga conpom basah walaupun berpayung...masa tu perut tuhan je yang tahu

Lepas Maghrib kitaorang tekad gler nak p juga makan kat luar walaupun awam mendung dan hujan yang berguguran.....masa sampai kat kedai makan tu,,,ish ish ish...basah abis.....tak kisah la yang penting dapat makan...yehaaaaaaaaaa
MyEm0.Com
Makanan yang dioder...ermm mestilah tomyam,nasi putih,telur dadar...limau ais,,,,,,,pergh...ujan-ujan makan cam tu..memang sodap...
Sodap punya sodap ..balik bilik pun dalam ujan juga la.........sampai je bilik terus mandi....erghhhhereghhh..SEJUK sampai menusuk ke tulang .......

MyEm0.Com

nukilan:iena

LaTiHaN aMaLi KuH..................

Salam.................tuk sume....

Pada tanggal 11/5/2009.....bermulalah alam praktikal tuk diriku..Selama ni dengar senior-senior je duk cite pengalaman diorang pasal praktikal ni....last-last dapat gak aku merasainya sendiri..Tempat aku praktikal....klau sebut je conpom sume tahu..RTM Angkasapuri......tu le tempatnya.

Kat sana aku ditempatkan di WISMA RADIO........

Dalam Wisma radio plak aku ditempatkan di Radio Klasik Nasional..segalanya disini menggamit memori...hahahahaha...1st time tu memang klasik la aku... tak tahan dengar lagu-lagu 40an ngan 50an....Tahun 60an hingga ke atas aku boleh terima la................Tapi lama-lama kat situ aku dah boleh terima.....Sedap gak sekali-sekala aku mendengarnyer..hahahahahah.............

Kat sini aku nak cite sikit sejarah Radio Klasik Nasional...

KLASIK NASIONAL merupakan gabungan dua stesen yang sedia ada di RTM iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm. Majlis pelancaran gabungan KLASIK NASIONAL telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Penerangan pada 12 OGOS 2006.Tujuan utama penubuhan KLASIK NASIONAL ialah untuk memperluaskan liputan siaran KLASIK fm ke seluruh negara dan bukan hanya di Lembah Klang sahaja.KLASIK NASIONAL juga diwujudkan untuk mengekalkan keunggulan irama Melayu yang merupakan nadi dan jantung bangsa Melayu."Segalanya Di Sini Menggamit Memori" membawa maksud semuanya ada di stesen KLASIK NASIONAL iaitu maklumat semasa dan lagu-lagu kontemporari Melayu pelbagai rentak dan malar segar.




nukilan:iena

Friday, July 10, 2009

SeLaMaT HaRi BaPa.........


Salam….
Rasanya dah lama kan..aku tidak mencoretkan lukisan hidupkuh dalam ruang blog ini….aku agak sibuk kerana menjalani latihan amali di klasik Nasional..tapi sesibuk manaupn aku disini..aku tetap gagahkan tanganku ini untuk menaip ayat yang sentiasa bermain di fikiran………..


Jika baru-baru ini kita menyambut hari ibu…sekarang giliran seorang lelaki yang bergelar bapa pula disambut dengan girang….Walaupun golongan bapa sukar menyatakan perasaan sayang dan kasih pada anakanaknya tetapi dalam hati mereka tersimpan satu perasaan sayang yang tak terucap dengan kata-kata terhadap darah daging mereka sendiri…..
Berkongsi hidup dengan seorang wanita yang bergelar isteri dan dikurniakan zuriat yang digelar anak cukup melengkapkan kehidupan seorang lelaki….


Walaupun aku telah kehilangan seseorang yang bergelar bapa,tapi namanya sentiasa tersemat di sanubari….Walaupun telah tiada didunia selama 9 tahun,tapi kenangan bersamanya sentiasa dihati,walaupun tidak akan jumpa lagi beliau didunia,aku yakin doaku pasti disambut disana………….. amin

nukilan:iena........



Friday, May 8, 2009

SeLaMaT HaRi IbU MaK!!!!

Salam....


Post aku hari ni mengenai mak aku...Semua yang kita ketahui 10 Mei ni kan merupakan hari ibu..Tapi bagi aku..apabila aku dilahirkan di muka bumi ini,setiap hari merupakan hari ibu..Melahirkan seorang anak merupakan pengorbanan yang paling besar..Jadi tak salahlah jika kita sentiasa menghargai mak ketika walaupun sesaat kerana tanpanya tak adalah kita dimuka bumi ini kan...betul!betul!betul!....Zaman sekarang ni kalau kita baca didada akhbar or majalah macam-macam kes antara ibu dan anak.Aku peliklah nape budak-budak zaman sekarang ni langsung tak menghargai mak diorang.Ada yang pukul mak sendiri,ada yang bunuh dan bla..bla..bla.....Pelikkan?
Ni rahsia nama mak aku..aku reka sendiri je...

L-Langkahnya yang sentiasa berani dan tabah menghadapi cabaran
I-Impiannya hanya untuk melihat anak-anak berjaya
J-Jari jemarinya sentiasa menadah memohon doa dariNya untuk kebahagiaan keluarga dan kejayaan anak-anak
A-Ada anak-anak yang sentiasa menghiburkannya dikala kesunyian...(yeke!)
H-Hatinya memang baik dan tulus bak sekuntum mawar putih
Nape aku sayang mak aku?
1)Sejak kematian ayah,mak lah tempat kami bergantung..Dialah mak n dialah ayah.banyak sungguh tugas yang harus dia laksanakan.
2)Dari kecil sampailah besar,dialah yang bagi kitaorang makan...kerana dia merupakan cheff kitaorang...
3)Apa saja anak-anak nak mesti dia tunaikan..selalunya bab-bab makanan la...Kitaorang taklah minta macam-macam coz kitaorang hanya budak kampung yang tahu kesusahan mak ngan ayah..Sebut je nak makan roti canai..mesti dapat la....buat sendiri tau.Memang bertuahlah jadi anak cik Lijah ni...hehehehe
4)kalau ada mesyuarat ke kat sekolah mesti mak yang pi..Sebut je memang die akan p la....Walaupun mesyuarat tu tak la penting sangat.Kadang-kadang tu hari hujan pun dia p jugak.Naik bas tau..Sedih la nak cite...


Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang ibu sehingga kita tak tahu nak huraikan camne'..macam mak aku...
mak terima kasih kerana tak putus-putus beri kasih sayang pada kami adik-beradik...Luve You....
Nukilan
iena
8/5/09 jumaat
8 pm

Wednesday, May 6, 2009

SeLaMaT HaRi IbU !!!!!

Sesudu Bubur untuk si Ibu
Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah.Ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu.Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki.Beras sudah hampir habis rupanya.Pada siapa ibu hendak mengadu?Ayah?Saya tahu,ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.
“Ibu mengerling kearah kami yang masih belum makan.Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu,kemudian masukkannya kedalam periuk.Air dituang sehingga penuh.Setelah hampir setengah jam,Ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.
“Bubur nasi itu berasap.Seorang demi seorang anakknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu.Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih.Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

“Pagi,kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan,ibu menyalakan api untuk memasak.Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu.Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.
“Seperti semalam juga,kami menghirup bubur sehingga habis.Bubur itu walaupun cair,saya rasakan begitu enak sekali.Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk.Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.


“Tengah hari pun begitu.Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik.Setiap kali waktu makan,saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran.Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi.Mungkin juga ibu bersyukur kerana,walaupun hidup miskin dan susah,tetapi kami tidak meminta-minta.Kemudian saya lihat ibu berpaling ke belakang.

“Masuk hari ketiga,kakak kami yang sulung memandang kearah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik.Saya tidak menyangka,seperti saya,kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya.Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.
“Saya tidak tahu kenapa.Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu?Atau,ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?
“Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu.Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong.Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!


“Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya.Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu.Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.
“kami sedih.Kami tahu ibu sedang kelaparan,tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.Ibu berkorban untuk kami,ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.
“Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur,saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu.Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.


“Makanlah mak!” kata kakak,perlahan

“Ibu berpaling memandang kakak.Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan ,ibu bingkas bangun,kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu.Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik.

Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu.Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang sangat tabah.

…Diadaptasi daripada Mastika..

Kepada kawan-kawan sume & ibu-ibu di Malaysia…SELAMAT HARI IBU!!!!


Nukilan
iena
6/6/09-rabu
4.30 pm

Tuesday, May 5, 2009

MakhLuK HaLuS di BiLiK Kuh.....

Salam.

Hari ni post aku mengenai..makhlus halus.Yang pastinya aku bukan paranomal yang mengkaji dan memburu mahklus halus ni,tapi ni cite daripada roomate kuh....Mah...
Peristiwa ni berlaku pada waktu petang..Setelah berlalunya azan waktu Asar....Waktu ni rommate aku ngan kawan- kawan yang lain dah balik kampung coz exam dah tamat.Tinggallah mah keseorangan coz die habis exam 29 haribulan...
Petang tu mah ditemani oleh sahabat die yang kebetulan mahu ulangkaji sama-sama.(Oooo waktu exam baru nak buat group discussion yee).Member die nama Mas....(Bukan penerbangan Mas tau)...
Masa tu Mas pegi tandas and mah masih lagi tidur atas katil..pastu die kata ada hembusan angin masuk melalui pintu bilik sejurus selepas Mas keluar pi tandas..(mantap juga bm aku yee)
Tiba-tiba die kata ada ada sesuatu atas belakang badan.Memang terasa berat nak alihkan badan...Masa tu hanya nama Allah saja dibibir.Mah bagitau lagi die ternampak rambut panjang sangat..dalam keadaan samar-samar
Ngerikan....!!!
pastu die rasa cam bahu die dicengkam kuat sangat...Nama Allah memang tak lekang dibibir...Lama kelamaan die rasa cam benda tu dah semakin jauh dan badan die terasa ringan sedikit..
lepas Mas masuk bilik die cite kat Mas apa yang berlaku...tahu tak apa jawapan Mas.." tu la tak solat lagi,tu yang benda tu kacau".....hahahaha
Tapi yang peliknya ...dah 2 tahun aku dok kat bilik tu..tak da apa-apa pun pelik...itu la kata orang "Misteri ada di mana-mana dan jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri"
Nukilan
iena
5/5/2009 selasa
6 pm