Friday, May 8, 2009

SeLaMaT HaRi IbU MaK!!!!

Salam....


Post aku hari ni mengenai mak aku...Semua yang kita ketahui 10 Mei ni kan merupakan hari ibu..Tapi bagi aku..apabila aku dilahirkan di muka bumi ini,setiap hari merupakan hari ibu..Melahirkan seorang anak merupakan pengorbanan yang paling besar..Jadi tak salahlah jika kita sentiasa menghargai mak ketika walaupun sesaat kerana tanpanya tak adalah kita dimuka bumi ini kan...betul!betul!betul!....Zaman sekarang ni kalau kita baca didada akhbar or majalah macam-macam kes antara ibu dan anak.Aku peliklah nape budak-budak zaman sekarang ni langsung tak menghargai mak diorang.Ada yang pukul mak sendiri,ada yang bunuh dan bla..bla..bla.....Pelikkan?
Ni rahsia nama mak aku..aku reka sendiri je...

L-Langkahnya yang sentiasa berani dan tabah menghadapi cabaran
I-Impiannya hanya untuk melihat anak-anak berjaya
J-Jari jemarinya sentiasa menadah memohon doa dariNya untuk kebahagiaan keluarga dan kejayaan anak-anak
A-Ada anak-anak yang sentiasa menghiburkannya dikala kesunyian...(yeke!)
H-Hatinya memang baik dan tulus bak sekuntum mawar putih
Nape aku sayang mak aku?
1)Sejak kematian ayah,mak lah tempat kami bergantung..Dialah mak n dialah ayah.banyak sungguh tugas yang harus dia laksanakan.
2)Dari kecil sampailah besar,dialah yang bagi kitaorang makan...kerana dia merupakan cheff kitaorang...
3)Apa saja anak-anak nak mesti dia tunaikan..selalunya bab-bab makanan la...Kitaorang taklah minta macam-macam coz kitaorang hanya budak kampung yang tahu kesusahan mak ngan ayah..Sebut je nak makan roti canai..mesti dapat la....buat sendiri tau.Memang bertuahlah jadi anak cik Lijah ni...hehehehe
4)kalau ada mesyuarat ke kat sekolah mesti mak yang pi..Sebut je memang die akan p la....Walaupun mesyuarat tu tak la penting sangat.Kadang-kadang tu hari hujan pun dia p jugak.Naik bas tau..Sedih la nak cite...


Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang ibu sehingga kita tak tahu nak huraikan camne'..macam mak aku...
mak terima kasih kerana tak putus-putus beri kasih sayang pada kami adik-beradik...Luve You....
Nukilan
iena
8/5/09 jumaat
8 pm

Wednesday, May 6, 2009

SeLaMaT HaRi IbU !!!!!

Sesudu Bubur untuk si Ibu
Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah.Ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu.Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki.Beras sudah hampir habis rupanya.Pada siapa ibu hendak mengadu?Ayah?Saya tahu,ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.
“Ibu mengerling kearah kami yang masih belum makan.Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu,kemudian masukkannya kedalam periuk.Air dituang sehingga penuh.Setelah hampir setengah jam,Ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.
“Bubur nasi itu berasap.Seorang demi seorang anakknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu.Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih.Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

“Pagi,kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan,ibu menyalakan api untuk memasak.Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu.Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.
“Seperti semalam juga,kami menghirup bubur sehingga habis.Bubur itu walaupun cair,saya rasakan begitu enak sekali.Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk.Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.


“Tengah hari pun begitu.Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik.Setiap kali waktu makan,saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran.Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi.Mungkin juga ibu bersyukur kerana,walaupun hidup miskin dan susah,tetapi kami tidak meminta-minta.Kemudian saya lihat ibu berpaling ke belakang.

“Masuk hari ketiga,kakak kami yang sulung memandang kearah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik.Saya tidak menyangka,seperti saya,kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya.Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.
“Saya tidak tahu kenapa.Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu?Atau,ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?
“Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu.Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong.Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!


“Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya.Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu.Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.
“kami sedih.Kami tahu ibu sedang kelaparan,tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.Ibu berkorban untuk kami,ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.
“Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur,saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu.Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.


“Makanlah mak!” kata kakak,perlahan

“Ibu berpaling memandang kakak.Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan ,ibu bingkas bangun,kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu.Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik.

Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu.Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang sangat tabah.

…Diadaptasi daripada Mastika..

Kepada kawan-kawan sume & ibu-ibu di Malaysia…SELAMAT HARI IBU!!!!


Nukilan
iena
6/6/09-rabu
4.30 pm

Tuesday, May 5, 2009

MakhLuK HaLuS di BiLiK Kuh.....

Salam.

Hari ni post aku mengenai..makhlus halus.Yang pastinya aku bukan paranomal yang mengkaji dan memburu mahklus halus ni,tapi ni cite daripada roomate kuh....Mah...
Peristiwa ni berlaku pada waktu petang..Setelah berlalunya azan waktu Asar....Waktu ni rommate aku ngan kawan- kawan yang lain dah balik kampung coz exam dah tamat.Tinggallah mah keseorangan coz die habis exam 29 haribulan...
Petang tu mah ditemani oleh sahabat die yang kebetulan mahu ulangkaji sama-sama.(Oooo waktu exam baru nak buat group discussion yee).Member die nama Mas....(Bukan penerbangan Mas tau)...
Masa tu Mas pegi tandas and mah masih lagi tidur atas katil..pastu die kata ada hembusan angin masuk melalui pintu bilik sejurus selepas Mas keluar pi tandas..(mantap juga bm aku yee)
Tiba-tiba die kata ada ada sesuatu atas belakang badan.Memang terasa berat nak alihkan badan...Masa tu hanya nama Allah saja dibibir.Mah bagitau lagi die ternampak rambut panjang sangat..dalam keadaan samar-samar
Ngerikan....!!!
pastu die rasa cam bahu die dicengkam kuat sangat...Nama Allah memang tak lekang dibibir...Lama kelamaan die rasa cam benda tu dah semakin jauh dan badan die terasa ringan sedikit..
lepas Mas masuk bilik die cite kat Mas apa yang berlaku...tahu tak apa jawapan Mas.." tu la tak solat lagi,tu yang benda tu kacau".....hahahaha
Tapi yang peliknya ...dah 2 tahun aku dok kat bilik tu..tak da apa-apa pun pelik...itu la kata orang "Misteri ada di mana-mana dan jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri"
Nukilan
iena
5/5/2009 selasa
6 pm

Thursday, April 23, 2009

KeHiDuPaN BaRu....GooDBye CG....

Salam..............
Hari ini merupakan khabar gembira bagi diri kuh.....aku telah berjaya mendapat desa setelah membuat rayuan..Aku bersyukur sangat-sangat pada Allah S.W.T.....Tapi..dalam kegembiraan pasti ada mengundang kesedihan selepasnya..Aku tidak mendapat desa ditempat aku sebelum ini tetapi desa diluar kampus.Aku agak sedih la coz sume kawan-kawan ada kat sini.Yang pasti aku mesti keseorangan di sana.pasti kenangan selama 2 tahun di desa Cahaya Gemilang hanya sebagai pengubat di kala duka....Aku tak biasa dengan keadaan disana..Kenangan di sini memang banyak aku telah palitkan selama diriku 2 tahun menumpang disini.

Yang pasti kenangan bersama rakan-rakan yang sentiasa dirindui......
Kalau balik je dari kuliah,pasti bilikkuh menjadi sasaran untuk makan...sambil bercakap dan ketawa...Pergh,,,,Indahnya kenangan tu....
Kalau nak keluar mesti sama-sama...sebab ikatan persahabatan tulah yang akan meneruskan lagi perkenalan ini sampai bila-bila.
Sikap tunggu menunggu memang menjadi tugas seharian sebelum ke kuliah...bukannya apa seronok jalan satu group ni......
aku harap walaupun lepas ni kita berjuahan,hubungan persahabatan tu akan kekal sampai bila-bila...yang pastinya aku akan selalu merindui kamu semua...
ni la desa/hostel baru kuh.....
Pemandangan Cg dari tingkap bilik kuh...

ni kawan-kawan aku yang selalu kunjung ke bilik kuh....

nukilan

iena23/4/09

11 pm (khamis)

Monday, April 20, 2009

CiTeR LaWaK....PaSTi SeNYuM...

Salam.....

Dh lama rasanya tak update blog ni...Maklumlah sibuk ngan exam..huhuhu..Dalam kita tengah sibuk ngan exam ni,hah mesti ramai yang agak stress kan..maklumlah banyak benda yang nak kena study...hari ni tak nak cite pasal exam-exam ni...Nak cite benda yang cool jeeeeee
hahahah....Ni hah ada aku curi lawak-lawak basi dari mana ntah.......x ingat laa...Klau nak tersenyum dan hilangkan stress,silala baca...Silalah m.long,m.ngah,m.cik............haha.tambah2 lagi lauk 2.....Amboi merahnya M.Ngah...bla.bla...........bla...............Upss.:
LEMBU PUNYA TALI
Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat . Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh .Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....

ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)
Tiba-tiba bangku bergerak lagi.
Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ... si Abu ....
ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik !
Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!----

Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.
Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.----

Penjual Daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang.
"Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya.
Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.
Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"
Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."-
Cucur Udang
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....Mamat :
Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...Mamat

Pukul Berapa Buka?!!
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"----

Kolam Masjid
Ini kisah zaman aku masih anak-anak sekitar umur 11-12 tahun. Pada hari Jumaat ... macam biasa semua murid diwajibkan menunaikan solat fardhu jumaat. Maka bergeraklah kami beramai-ramai dalam satu kumpulan menuju ke Masjid yang terletak 1/2km dari sekolah. Ada pun masjid tersebut sebenarnya terletak berhampiran rumah aku jadi selalunya dipertengahan jalan aku akan keluar dari kumpulan dan secara senyap balik kerumah.
Tujuan aku balik kerumah adalah kerana hendak 'dressing' yakni berbaju melayu bersampin persis cam orang solat sunat aidilfitri !!!Kengkawan mesti cemburu punyerr lerr !!! Heheheheheh ... !Dorang pun kekadang cuba nak menandingi aku NAMUN ... bila masuk tengahari jerr ... pakaian dorang habis kotor dan berbau TETAPI pakaian aku .... hemmmm .... BERSIH , KEMAS dan BERGAYA ... yeahhhhhhhhhhhhhhh....'maintain' gitu..!Selesai bersiap dan ambil wudhu , aku pun melangkah keluar dari rumah menuju ke Masjid.
Sampai di Masjid ... seperti biasa ... kengkawan jeling semacam jerrr . Cikgu tersenyum bangga . Aku berjalan selamba . Tetiba teringin lak nak makan pisang free . Hemmmmm ... ustaz kata ... kalau dah berwudhu ... kalau makan ... cuma kumur ajerr .. wudhu tak batal ! Teringat kata-kata ustaz .. aku pun mentedarah aneka jenis pisang tu .. sambil mata memerhatikan ruang kosong didalam masjid . Makan punya makan ... azan pun hampir berbunyi ... jemaah mula berpusu-pusu nak masuk .Aku pun jadi kelamkabut pergi ke kolam nak berkumur. Kelam kabut punya pasal .... aku tersandung tembok kolam ... dan .... GEDEBUM !!!!! (aku masuk kolam da !!) Habis aku punya 'dressing' hari jumaat tu.
Bunyi orang ketawa kedengaran disana sini. Kengkawan yang tahu terkekeh-kekeh gelakkan aku yang dah basah lencun tu ! Aku menonong keluar masjid tak tengok kiri-kanan .... malu weiii ... malu nyerrrrr akuuuu .... !!! ** Udah..udah...korang jangan lak nak kutuk aku lebih2 ha'

Cara-cara nak cover malooooo...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....----


TAKUT BINI


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.


MORAL OF THE STORY:KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.

nukilan:
iena
20/4/09
Isnin -5pm

Monday, April 13, 2009

HaRi PeRTaMa MeNeMPuH ExaM...

salam.....
Hari ni adalah hari pertama exam tuk school paper aku...iaitu YKT213...Memang semangat la nak jawab paper tu.bukannya apa..coz lecturer aku dah bagi siap-siap soalan die...Perghhhhh..walaupun bagi soalan...punyalah susah.Berhari-hari jugala aku discuss ngan member-member coz nak cari jawapan tu...Bila tanya sume orang mesti jawapan lain-lain...tak tahu la nape ek...Tu la kata orang lain orang lain fikiran..ermmm..betul!betul!..Aku rasa sebab tajuk paper pun komunikasi,kuasa dan konflik...so memang konflikla nak jawab soalan ni..
Pagi ni dengan gayanya aku menuju ke dewan peperiksaan dengan hanya memakai seluar jeans dan baju t-shirt dan juga aku sediakan baju sejuk coz..memang conformla dalam dewan indah tu sejuk..Dengan bangga aku melangkah masuk ke dalam dewan dan rasa kedinginan air-corn menusuk ke tulang...Pas duduk je kat tempat aku..cepat-cepat pakai baju sejuk...maklumlah sejuk..suke!suke!
Mak oii......tengah selesa menjawap soalan tiba-tiba pop!!!..Argh........black-out plak...Perghh...panas gler masa tu...memang masa tu sume student sibuk berkipas menggunakan kertas coz tak tahan dengan kepanasan yang melanda...aku sedikitpun tidak menghiraukan apa yang berlaku dan teruskan menjawab solan.Aku tahu memang x sempatla nak jawab soalan klau asyik berkipas....Lebih kurang setengah jam...arghh..aku memang panas gler la.rasa cam buat exam dibawah cahaya matahari kat tengah padang.Dengan keadaan yang berpeluh.aku terpaksa akur dengan membuka baju sejuk..tapi buka sebelah tangan je tau....huhuhuhuYang sonoknye kitaorang dapat air kotak milo...Maybe tak nak kitaorang tension kot dan kurangkan kepanasan kitorang..Yeyeye..janji dapat minuman free.Thanx ya......
Lebih kurang 1 jam barulah letrik ada balik...uhmmpp alhamdullilah laaaaaaaa...Aku macam biasalah meneruskan tulis jawapan sampai titik terakhir....dan.."Anda dikehendaki meletakkan pen dan kertas akan dikutip sekarang"....nasib baik sempat siap....
Perasaan ni legalah sikit coz satu paper dah lepas..sok paper LSP 403..paper b.Inggeris..harap-harap boleh jawap dengan tenang...
"Ya Allah berikanlah ketenangan pada hambamu ni....dalam menjawab peperiksaan"..
-AMIN-
Nukilan
iena
13/04/09 (isnin)
9pm

Saturday, April 11, 2009

HaRi KeLaHiRaNKuH.....

11/4/1987
salam.........
Pada hari khamis bertarikhkan 11 april 1987,iaitu jam 8 malam lahirlah Aku di muka bumi ini..Terima kasih mak kerana melahirkan anakmu ini..Kelahiranku bukannya disambut oleh seseorang yang bergelar doktor mahupun jururawat,dan bukannya tempat kelahiranku di hospital malah juga bukannya jasadku ini di alas dengan tilam yang rasanya terlalu empuk dan lembut untuk di perkatakan...Cukuplah sekadar aku menyatakan..kelahiranku disambut oleh seorang wanita tua yang digelar bidan kampung dan tempat lahirku juga adalah dalam sebuah rumah kampung yang pastinya dikelilingi oleh abang dan kakakku..Kegembiraan terpancar di setiap wajah mereka kerana suasana gembira yang menyelubungi mereka dengan kehadiran orang baru seperti aku....

Setelah selamat dilahirkan cukuplah sekadar badanku diselimuti dengan sehelai kain batik dan bukannya kain lampin.Badanku diletakkan dengan tertib diatas tikar mengkuang yang ku anggap seperti katilku sendiri.....Ermm....keadaan itu cukup membuat aku tidur dengan lena..Aku tidak mengerti dan me
mahami keadaan yang berlaku ketika itu....

Ketika umurku 3-4 tahun..aku tidak tahu apa itu kolam renang..Ermm aku sekadar membasahkan diri di sebuah perigi yang pastinya amat berjasa kepada kami sekeluarga.Airnya yang kedinginan membuatkan aku menggigil apabila setiap kali mandi..Dengan adanya perigi itulah,ibuku dapat melakukan tugas sehariannya seperti membasuh pakaian,memasak dan membasuh pinggan magkuk..Aku juga sering membantu ibu di perigi kerana pada usia kanak-kanak semuanya nampak indah dan pengalaman ini dapat mengimbau kembali fikiran aku apabila usiaku semakin matang kini...

Sewaktu usiaku menjangkau 7 tahun...aku baru mengenali apa itu sekolah..Aku tidak dihantar ke tabika seperti kawan-kawanku yang lain...Aku tahu keadaan keluargaku yang tidak mampu pada masa itu dan hasrat untuk menghantarku ke tabika memang tidak langsung tersirat pada fikiran kedua-dua orang tuaku...Aku tidak kisah dengan apa yang berlaku kerana ibu,abang dan kakak sering mengajar aku tentang apa yang mereka belajar di sekolah...dari mereka semua aku mula mengenali A,B,C dan 1,2,3....Itu pun amat membanggakan aku kerana aku mula mengenali erti pembelajaran dalam hidupku...Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan adikmu ini...
Lorong-lorong di dalam ladang getah merupakan jalan ilmu aku,kakak dan abang...melaluinya untuk menuju ke tempat mencari ilmu dipanggil sekolah.Aku gembira kerana..pasti saja ada agenda yang dibincangkan sewaktu perjalanan untuk menuju ke tempat menunggu bas sekolah....sehinggkan ibu juga turut membuat agendanya sekali..Dengan hanya berbekalkan lampu picit,ibulah yang akan menemani kami sehingga sampai ke tempat menunggu bas..Ayahku seawal subuh sudah keluar mencari rezeki.....Ibulah sebagai pengganti ayah..Renungan matanya sentiasa memerhati kami sehinggalah kelibat kami tidak lagi kelihatan kerana berlalu dibawa bas ke sekolah.....Sesudah itu..barulah ibu membuka langkahnya pulang ke rumah....Terima kasih sangat-sangat pada ibuku..

Keadaan semakin berubah dan kisah yang lalu pastinya menjadi kenangan kepada diriku...Sekarang ibu tak perlu lagi bersusah payah untuk aku lagi...Ayah telah kembali ke rahmatullah sejak 8 tahun yang lalu-Al-fatihah-.....Ibulah yang menggantikan tempatnya.........Sekarang aku telah menjejak kaki di ipta...Berkat doa dari keluargaku...Yang pastinya aku mahu kejayaan bermula disini...Bila aku mula diselubungi dengan kemodenan yang berlaku..terdetik di hati aku untuk kembali di zaman silamku....kerana aku sangat merindui zaman itu.........


nukilan:

iena

11/4/09(sabtu)

9 pm