Tuesday, August 4, 2009

HaiWaN PuN SaYaNgKaN aNaK.....

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi."Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam."Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
Jika sebelum ini suasana Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun di sini sentiasa aman namun semalam keadaannya bertukar kecoh apabila seorang guru terkejut menemui satu mayat bayi dalam mangkuk tandas guru wanita di sekolah itu.Mayat bayi perempuan yang dikatakan seberat tiga kilogram itu tersangkut pada mangkuk tandas dan anggota bomba dipanggil pagi mengeluarkan mayat bayi itu.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mayat bayi yang tidak berpakaian itu ditemui oleh seorang guru wanita pada pukul 8 pagi semasa beliau pergi ke tandas itu.Menurut beliau, daripada keadaan mayat, bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai telah mati dalam tempoh dua hari lalu."Polis yang memeriksa mayat bayi itu menemui kesan darah kering pada badan bayi yang sudah cukup sifat itu.
Aku sedih sangat mendengar kes-kes sebegini.Adakah manusia sekarang semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan..Tidak takutkah mereka kepada tuhan dan hari pembalasan kelak..Siapakah mereka yang sewenang-wenangnya menentukan ajal orang lain...manusia yang baru sahaja lahir dan mempunyai harapan untuk melihat dunia ...Ya Allah..sebagai hambaMU..aku tidak sanggup melihat perkara ini berlaku lagi...Sebagai manusia kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita buat.....dan jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.Salahkah....kita sebagai manusia yang dilahirkan dengan akal memberikan sedikit kasih sayang kepada mereka yang lahir tanpa diduga ...Sesungguhnya kelahiran sebegitu bukannya dipinta oleh mereka....hanya ibubapa mereka yang tahu..dan patut dipersalahkan atas kelahiran mereka.Aku Sedih dan Aku Kecewa kepada manusia yang bertopengkan HAIWAN.........Sedarlah..tiada apa yang kekal didunia ini melainkan amal ibadat kita.....
Nukilan:iena

No comments: