Thursday, August 27, 2009

KeDaTaNGaN RaMaDHaN DiSaMBuT HuJaN

Salam.....
Bulan ni merupakan bulan dimana gugurnya hujan di bumi Allah ini ...dari pagi sampailah kepetang...Perjalananku dari kampung ke Penang juga diiringi dengan hujan yang jatuh ke bumi ibarat kaca yang berderai jatuh berguguran ke lantai...tiada langsung halangan..Mungkin ini merupakan hikmah dari Tuhan.Bulan Ramadhan yang mulia ini diiringi dengan titisan hujan.......
Walaupun hujan,dan aku sentiasa dalam kesejukan...tidak sedikit pun mematahkan semangatku untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa.kadang-kala aku merasakan biarlah hujan ini sentiasa turun dan menyirami bumi,kerana tiada kepanasan lagi untuk kita rasa bahangnya dan keletihan juga tidak akan terpancar di wajah kita...disaat menyambut bulan Ramadhan..
Ermm...Aku juga selalu merasakan,biarlah hati manusia ini juga seperti hujan yang sentiasa kesejukan dan tenang...tidak seperti matahari yang sangat panas bahangnya sehinggakan membuatkan kita terasa peritnya...Semoga bulan Ramadhan ini dapat memperbetulkan hati kita dan Allah sentiasa menunjukkan jalan yang diredhaiNya kepada kita sebagai umatNya..AMIN...
Nampaknya hujan semakin lebat dan aku merasakan hujan akan berterusan sehingga malam...Aku juga tidak pasti dimana tamatnya perjalananan hujan ini...mungkin esok lusa atau ......tiada tempohnya..dalam masa yang sama ,aku terdengar sayu laungan azan yang menandakan sudah masuknya waktu solat Asar.....
Cukuplah disini aku mencoretkan lukisan hatiku.......sementara menunggu kak Bai pulang untuk membeli juadah berbuka puasa,aku terasa mahu saja rehatkan minda dan badanku.....serta menunaikan solat.....Disaat aku menamatkan coretanku ini...hujan masih lagi turun dan kali ini lebih lebat......

Hujan dimanakah penghujungmu...?hanya Dia yang mengetahui..AMIN
nukilan:iena

No comments: