Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam."Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. "Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.
"Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri," jelasnya.

iena
No comments:
Post a Comment