Monday, April 6, 2009

KeNaNGaN BeRSaMa...aYaH


TAHUN 1994
...Ayah terima kasih kerana membawaku ke sekolah..disaat pertama kali aku menjejak kaki ke sekolah....
..Ayah terima kasih kerana kau sudi menemaniku sehingga selesai sesi persekolahanku...
..Ayah terima kasih kerana kau sudi menjemputku dengan menaiki basikal tuamu....aku sedikitpun tidak menginginkan ayahku menjemputku menaiki motosikal ataupun kereta seperti kawan-kawanku yang lain....cukuplah sekadar basikalnya yang dapat bergerak dengan baik...
..Ayah terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menghirup udara pagi yang nyaman ketika menghantarku ke sekolah..Aku suka saat ini..rasa seperti di manjai....
..Ayah kamu tahu,betapa gembiranya aku menjejak kaki ke sekolah kerana punya teman dan guru yang baik
....Aku dan teman selalu berrkongsi bekal yang pastinya bekalku disediakan oleh ibu..
Aku masih ingat ketika aku berada pada tahun 6
Aku merengek pada ibu kerana letih menaiki bas dan perlu berjalan untuk sampai ke rumah..
Rupa-rupanya rengetan aku itu di dengari oleh ayah...
Tidak ku duga dia membelikan aku basikal..
...Ayah terima kasih kerana kau sudi membelikan ku basikal...aku amat menghargainya...
..aku sangat bangga menaiki basikal kesekolah bersama teman...
Bukannya bangga dengan basikal tersebut tetapi bangga kerana Ayah membelikannya untuk aku....
Ayah terima kasih sangat-sangat.....
..Ayah terima kasih kerana mengahwini ibuku yang sangat baik hati..sentiasa menyediakan bekal untukku ke sekolah..dan menyisir rambutku dengan sikat setiap pagi
aku tahu bukan senang untuk semua ini tapi dia gagahi juga untuk kita sekeluarga......
..Ayah setelah pemergianmu menghadap Illahi..8 tahun yang lalu..aku amat merinduimu walaupun hidup ini tidak sedikitpun merasakan kasih sayangmu tapi aku tahu kamu terlalu menyayangi kami sebagai anakmu...
..Ayah terima kasih kerana bertungkus lumus bekerja untuk menyara kami....
..Setelah aku dewasa baru aku mengerti akan pengorbananmu....
..Aku berjanji kelak untuk menjaga ibu sepertimana kau menjaganya.....
.....Bagi aku...kamu adalah ibu bapa yang terbaik di dunia...
Ayah aku meminta maaf kerana sudah lama tidak melawat pusaramu
namun yang pastinya hadiah Al-fatihah untukmu tidak pernah putus kukirimkan
semoga kau ditempatkan disisi orang yang beriman
......AMIN.....

nukilan:
anakmu..iena
7/4/09(selasa)
2 a.m

No comments: